Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Thursday, January 12, 2012

Riding Gear

Haha. Perkara paling asas sekali pasal riding ni mesti la safety. Safety First. biar motor hancur beriban tapi jgn kuku calar :-D Tak kira la korang ride motor apepon, tapi safety tu penting. Macam kawan aku nih, naek Honda C70 pon pakai lengkap. (Huhhhh????)

Haha.. Kalau model gambar tengok gambar die ade kat sini. Jangan MARAH! sebab aku snap pakai kamera aku :-p


Well, di sini aku list kan pekara2 basic je la untuk riding gear nih. Nak gempak sangat pon, aku pon pkai barang2 murah untuk riding. Hihi. Low budget la katekan. Sampai masa kena pkai yang berkualiti la jgak. Sebab benda ni bukan pasal gaya. Tapi SAFETY.


Firstly, tentulah HELMET. Bukan saja keselamatan. Tapi undang2. Umumnya, rider sejati akan pakai helmet demi keselamatan, bukan sebab undang- undang. So MS88, helmet steng ni mmg rider2 anti terus lah. Mat mat rempit je layan :-p (no offense) Bahkan kalau nak join konvoi pon da tulis siap2 dah. MS88 dan helmet separuh adalah dilarang. Hihiii :-p Kalau konvoi big bike jangan sembang la. Sah sah suma fullface. Tapi mcm konvoi geng2 area 150 ni la, helmet berbagai. Pilihlah helmet yang selesa. Kalau xnak fullface pon, ada je yang biasa tapi selamat. Kalau rasa susah nak bukak fullface time roadblock ke ape, ade je skrg yang jenis lift off depan.


 Fullface BELL kot.. ada sapa2 nak sponsor admin tak?? huhuu

Second, GLOVE. Pakai glove untuk perjalanan dekat pon apa salahnya. Sbb bukan kita nak tau pon bila kita nak jatuh seret tapak tangan. Huh.. Bukan kalau time ride jauh je, baru nak jatuh. Pilih helmet yang sedap dipakai dan dilengkapi padding atau Kevlar. Baru terjamin kuku anda tu...heh. Lagi satu, pkai glove nih, tangan kita tak rase kebas sangat pegang throttle lame-lame. Grip pon lebih, so tak payah la nak genggam tu kuat2. Kalau kena batu-batu kecik pon xsakit.  Lagi satu, time hujan, kena rintik2 kecik tu mmg pedih sikit. Hee~ Kalau tak, tangan pon nanti rasa semut-semut je lama-lama ride.


 Aku tertarik betul dengan kaler die. Tapi taknak sebab motor aku kaler Hitam (tak mampu sebenarnya) :-p


Salah satu lagi benda yang penting, RIDING JACKET. Bukan sahaja untuk mengelakkan kulit terkena sunburn ketika mengembara dengan full throttle. Tapi riding jacket nih de ade padding kat bahagian2 tertentu untuk elak badan anda dari mengalami kecederaan teruk time jatuh. Tambah2 kaki meleper macam korang nih. Sekali berselerak, lebam2 badan malam tu, kena suruh bini picit. Huhuii. Berbanding jaket biasa nih, riding jacket ni kalis air, pengudaraan yang baik, dan selesa untuk dipakai riding. Aku pon teringin nak angkat satu, asyik dok pakai jaket murah je nih. Xde safety pon, sekadar elak kulit aku yang xbrape nak cerah ni dari kena sunburn teruk lagi je. Heh :-p


Korang tengok pon da tau, selesa. Jangan tertido sudehh (????)


Pasangan bagi riding jacket semestinya lah RIDING PANTS. Kebanyakan riding pants ni dibuat dari leather.. Mesti la mau kalis air. Kena hujan korang, abis kecut segala yang ada, tak boleh nak concentrate jalan. Heh. Lagi satu leather ni lebih tahan. Tambah2 korang beli yang ada padding. Tak perlu la susah2 nak pakai berlapis2 knee pad lagi kat luar. 



Ini, Jangan takut, tak senak nye pakai.. hehehee



Hmmm.. ape lagi ek? Haaa.. RIDING BOOT. Aku pon masih pakai kasut Adidas biase tu je nak ride. Kalau pakai riding boot nih, selesa sikit + bergaya :-p Tambah-tambah dia msti la kalis air dan pengudaraan yang baik. NI aku pakai Adidas tu, redah hujan. Esok terpaksa pakai kasut hitam gi kuliah. Choih! Tapi aku dok target nak beli but SWAT tu pakai. Itu pon boleh jugak pkai buat ride. Tapi xtau la masuk air hujan ape jadi :-p Nak kena research dulu la kot. Tapi mmg bergaya laa jugak. Tu yang penting!!! Huhuii

 
Kalau macam ni, takde la nak bertakung kalau hujan.


Haa... Ni la boot SWAT idaman aku. OK tak? Pakai jalan2 pon cun pe.


Satu lagi, bagi muka2 yang pantang nampak selekoh lawa sikit, punggung mesti nak jatuh dari seat. Beli la KNEE dan ELBOW PAD. Kot sekali terlajak turun, berlubang lutut tu bang. Aku dok tengok dorang nih, pantang jumpa selekoh, lutut hampir hampir nak cecah jalan dah. Tapi pakai seluar jeans je. Sekali terlajak turun, mmg tertinggal tempurung lutut korang atas jalan laaaa..... Berapa sangat harga. Puluh2 je pon. Nak layan korner pon feeling sikit. SKREETTT... bunyi die seret atas jalan Baru laa kena dgn nama blog nih. Huhuiii.. Safety tu penting bang. Rossi pon pakai. Apatah lagi korang nih. Hwehh.


 Kawan aku beli baru-baru ni, brand AXO RM40 je lepas diskaun 50%. Murah dah sekarang.


Dan satu lagi benda ni, aku xbrapa berminat pon. Tapi saja tunjuk kot korang tertarik. RIDING BODY ARMOR. Kalo tetiba berenang atas jalan tuh, xda la nak bertatu macam2 sangat kat badan tuh. Mmg stylo, tp kot kalo aku pkai 1000cc nanti boleh la nak consider sambar satu nih. Hehe. Skrg, Benda2 lain kat atas tu pon aku tak lengkap lagi. Lagi mau usha ini. Podahhh!! Haha.


 Hensem en abang nih.. Huhuii. Hebat laa ade cengkerang die.. :-p

Kebanyakan gambar atas ni, aku sambar dari pak cik Google jer. hehe.. Itu pasal banyak brand Alpinestars. Search Alpinestars je, kuar beriban gambar berkaitan. Kan senang. Kalau aku salah, betulkan aku. Kot terkurang. Aku "noob". Sekadar berkongsi :-)

Ingat! ride safe. Baru tadi aku bace artikel rider Ninja pecah kepala kena gilis lori. Kes langgar lagi pulak tu. Full face hancur cakap kau~ Siap dgn gambar otak crett atas jalan.... Gerun wooo.  Nauzubillah.. Mintak dijauhkan

1 comment:

Anonymous said...

brape harga kasut sdi 2? mne nk cari? kalau boot swat 2 mne murah2?

Nuffnag