Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Tuesday, October 02, 2012

Al Fatihah buat Allahyarham Jat Tough :-(

Assalamualaikum. Semalam pada pukul 5.40 pagi macam tu, aku dapat BBM dari kawan baik aku. Starting dia tulis :

"Jat Tough meninggal tadi. Xcident moto."

Hitam MJ, Merah aku. Tadi? tu sebab terkejut tadi bilanya pada pukul 5.40 pagi


Aku tersentak, biar betul. Aku baru semangat nak cek tgok bbm masuk ingat kan adinda aku da bangun. Err.. dalam screen capture tu Fibrous merupakan nama orang. Okeh, gelaran. Fibrous ni senior aku jugak. Satu batch dengan arwah Jat Tough tu dekat sekolah kitorang dulu. MJ dengan Fibrous ni sekarang diorang belajar dekat Penang dan tinggal dalam blok apartment yang sama.

Aku dengan MJ tu plak junior, muda setahun daripada batch arwah. Dulu sekolah, kami main ragbi sekali. Diorang pon baik dengan kami, kami pon hormat diorang. Walaupon tak rapat, tapi sempat la jugak kenal kenal dengan dia.Pernah pergi lepak dekat bilik dia.

Tapi aku terkedu la, sebab boleh kata ni 1st time seorang sahabat meninggal dunia sebab kemalangan motor. Arwah Jat pulak ride Kawasaki Ninja 250. Aku respek dengan arwah sebab muda- muda beli motor macam tu hasil titik peluh bisnes sendiri. Meninggal kemalangan pukol 3.06pagi kemarin. Dari Jitra nak balik ke rumah arwah dekat Perlis. Dengar kata accident dekat Kodiang.

Aku hajat nak jugak gi tengok, tapi tak tau rumah arwah dekat mana. Dan jugak tak tau sapa yang pegi. Sebab sekarang ni kan tengah final. Tapi still, aku macam tak boleh terima arwah dah takde. Macam sedih, takut pon ada. Baru aku rasa, aku ni takut mati jugak eh. Huuu

Jat Tough. Dengan Ninja 250 miliknya. Al Fatihah


Aku tak tahu nak tulis apa, tapi just post this special entri sebagai tribute kat arwah Aizat Ismail. Tanda sahabat, ingatan. Memang dulu arwah geng gila- gila dekat sekolah. Tapi arwah pon baik jugak sebenarnya. Ada dok nampak subuh dekat surau apa. Aku tak nak la story kan amalan arwah. Aku bukan dok stalk arwah. Allah je tahu. Orang nmpak baik belum tentu syurga, orang nampak jahat belum tentu neraka, Wallahualam.

Sekarang, karangan aku tak ikut flow, macam berterabur dah.

Time ni la aku terlintas macam- macam. Kalau dah aku xde kalau nanti, macam ni ke? Kawan- kawan post dekat wall yang tak dibalas tu. Ayat sayu- sayu. Bagi kata- kata semangat dekat adinda aku. Macam mana keadaan mak, ayah aku, adik beradik aku. Cikgu-cikgu nak cerita apa dekat murid dia sekarang pasal aku dulu.


Junior- junior nak ampunkan ke tak dosa- dosa aku dok buas dekat sekolah dulu. Ramai ke nak ingat aku lama - lama. Sedekah al Fatihah. Kawan- kawan aku ape reaksi diorang? ada tak orang yang menangis kematian aku nanti? Musuh- musuh aku maafkan aku tak bila tau aku dah xde? Aib aib aku nanti ada yang tolong tutup tak? Urusan- urusan aku yang tak selesai tu? Pekara- pekara yang aku sorang je tahu? Apa yang orang nak kenangkan sepanjang hidup dengan aku?

Aizat Ismail 22 Ogos 1992- 2 Oktober 2012

Kalau mana- mana kawan Jat yang baca entri ni, aku sekadar buat untuk kita kenang arwah. Sama- sama la kita sedekah al Fatihah kat arwah. Semoga arwah Aizat Ismail ditempat dikalangan orang- orang yang beriman. Amin. Muda lagi, baru 20 tahun. Aku lahir tahun 1993, arwah tahun 1992.

Mati itu pasti, beringat lah kita semua.


nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Thursday, August 09, 2012

Melawat Sahabat Yang Down

Assalamualaikum! Siyes lama gila aku tak post.
Lama kot menghilang... Mana tak nya,,, cuti sem bukan ada mood nak mengadap lappy lama2 ni. Pastu sekarang dok umah sewa mana ada internet. Dok pakai BlackBerry tu je online nyer. Tapi sekarang Alhamdulillah la,, internet da ada kat rumah, pakai streamyx. memang mudah. Boleh la nak kembali bergiat aktif balik dalam memblogging pasal cinta aku, "motor".... lolzzz

Sedang RV di stesen minyak

Tunggu orang yang lambat sebab tengok Final Badminton Olimpik

Take 5


Macam konvoi raya :-P

 Actually, last week punya TTS bagi kawan2 aku telah digantikan dengan melawat kawan aku yang down sebab dirempuh kereta. Huhuuu... Aku call tanya time mintak izin nak gi jenguk dia malam tu <- organizer besar mehh dia cakap okey je.. just nak jalan xlarat. huuu... Rupa2 siap bertopang pinggang dia masalah problem apa dah. Haishhh


Malam yang Lin Dan lawan Chong Wei tu lah. kitorang pergi. Disebabkan aku organizer dan aku set RV pukol 8.15- 8.30 di Shell, aku tak sempat menonton sampai habis perlawanan tu. Tapi kera2 ni sempat pulak layan habis. Sampai ke RV pukol 9 laa.. adoiyaii.. sirap menyirap aku. lolzzz

Alhamdulillah, dalam 15 orang join konvoi kecil- kecilan melawat sahabat tersebut. Korang mesti nak tau cmne dia down kan. Haaaaaa,,, begini ceritanya,
Petang tersebut, sejurus Asar. Dia baru lepas antar kereta katanya. Pastu, otw balik menaiki Kawasaki Ninja 250r 2008 beliau, beliau memang tak sedap hati dah. Maka beliau pakai segala fullface, glove, dan riding jaket.


Menunggu next direction
Lenguh gaya konon... hehe


Nak dijadikan cerita. Dekat satu traffic light 2lane tu. Lampu tersebut akan hijau sebelah untuk terus dan merah untuk orang korner. Beliau ni, di lorong luar nak straight, tiba2 motor depan beliau pakcik ni gi stop pulak. Dia terpaksa masuk ke lorong dalam. Tiba2, kat depan tu, Satria membuat U-turn haram time lampu merah  dan lantas block jalan beliau.

Disebabkan nak mengelak Satria tu pulak, dia nak masuk balik lorong luar tetapi tiba2 dirempuh dari belakang oleh Toyota Wish yang laju sambil mengelak pak cik yang berhenti tadi. Huuu.. Beliau telah terjatuh tetapi kaki sangkut kat footrest membuatkan dia terseret sejauh 2,3 tiang sebelum terhentak ke jalan.

Tapi Wish tadi telah berhenti dan memberi kan pertolongan sebab dia nampak dalam sidemirror bahawa si mangsa terseret atas jalan. Manakala Satria tadi pulak, hilang entah ke mana laaa lolll..
Begitulah gamaknya, tapi cerita dia, kalau korang tengok jaket riding dia, mesti korang bersyukur dia tak pakai tshirt biasa time tu. Kalau tak, nampak tulang lengan dia InsyaAllah. HuHUhuuuu

Tapi alhamdulillah la dia selamat. Dulu pakai FZ150i, eksiden angkat 250. pasni kata nak angkat R1 pulak... huhuuu... kalau betul2 jadi. memang aku jeles tahap level 34453545 lah.. huhuuu...













Sampai juga akhirnya

Parking mau sebariss

Tak reti nak turun lagi ke banggg~

Beliau adalah lelaki okey. Gaya macam lembut, tapi jiwa keras nihh

Kuda Gila aku ditengah tengah

Ninja beliau yang tersadai sementara. Tapi dah start repair dah

Bukan salah ibu mengandung, tapi salah tak pakai frame slider

Riding Jacket rabak. Kalau short sleeve kalau.... huhuuu

Yoshimura bocor... tamat riwayat sudaa

Raya awal... hahah

Kawan gua baru nak beli helmet ni dari beliau

Kalau flip up silap gaya boleh rabak jugak pipi u'olls

Safety 1st

Sama macam glove fua sekarang. Tapi glove gua tak pernah cium tar lagi... huhuhh



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih sebab baca sampai ke sini, dan Selamat mengejar lailatulqadar di malam 10 terakhir Ramadhan ini. Alhamdulillah, tiba2 view blog aku naik sebab aku buat previous entri tentang Ninja 250r 2013. Memang topi hot.. lololololll.. Bijak kan aku. Hahaaaa

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Tuesday, February 21, 2012

Akhirnya! kecundang jua..

haha.. buat pertama kali, rebah jugak aku dgn kuda kesayangan aku nih.
Memang kalau boleh xnak lgsung jatuh, tapi da macam melawan hukum alam pulak kan,
so, dapat la merasa sekali. sbb orang kata, naik motor mesti jatuh sekali.

Ni 1st time aku jatuh dgn motor ni, dan 3kali sejak aku bawak motor.
apepon 2 per 3 aku jatuh, sebab meleper. sliding. Wakakaa.. nmpak sangat kaki meleper.
Skali lagi jatuh ialah sebab wheelie. Hua hua. Biasala, rider. pantang nampak korner.

Sehari sebelun kejadian. Baru lepas basuh motor... huhu.


tapi petang tadi, nasib memang tak menyebelahi aku. Benda nak jadik, memang jadik jgak laa..
memang dok rasa dah sblum tuh. Tapi aku jatuh dengan bergaya, walaupon macam bodoh. :-D
Ada ka patut meleper kat simpang traffic light?? huhuu~
____________________________________________________________

cerita dia petang tu, aku nak gi isi minyak, lepas isi minyak aku berenti cucuh rokok jap. So, aku kena habiskan rokok aku dulu sebelum masuk kampus. Aku ambik untuk masuk ikut Gate A kampus aku, which is sebatang rokok perjalanan XD


Ekzos je calar, dengan air scoop sampai sticker P aku koyak.. Huuu.. Laen xcacat body asal. Except meter. Handle da ditukar

First aku mencilok- cilok sampai la aku di traffic light 1st. Aku dok sorang2 tengah.. Banyak lagi motor dan keta belakang aku. Aku steady usha semua orang sambil rokok di bibir sbb tgn pegang clutch. Elok lampu hijau aku terus pergi dulu la. Dalam 200m kat depan ialah traffic light ke jalan pergi Gate A. Aku da 110km/j dah time tu. Memang aku sorang2 lead. Lampu tu pon hijau.


Terangkat en meter aku... Hoooo~


Aku pon shift down, brek, turun punggung nak layan korner. Dalam 80km.j kot time tu. Aku turun rasa macam rendah sangat la pulak. Then suddenly tayar depan membuang, srettt... JAtuh seret. Aku dah sagat siku dah. So, da memang aku tak sempat nak angkat balik motor aku, aku just lompat lah ke atas tebing jalan. Aku ingat, tepi tu ada pak cik berkopiah naik Viva Putih dari arah aku masuk tu, dia tunggu lampu hijau dia.. Dia ternganga tengok aku. Haha.. Amazingly, rokok aku masih di bibir. Aku usha dia sambil buat muka kerang busuk. Ambil rokok kat mulut sambil usha keliling. Baru cari motor aku.


Haha.. Handle drag terus. Motor belakang tu, sahabat ku yang kebetulan lalu di tempat kejadian


Aku tengok motor aku tersadai tepi jalan. Aku lintas, pergi kat motor aku. Sengih kat orang keliling. Dorang tak tolong la sebab tengok aku ok. (ke dorang ingat aku high) Aku pon menyedut sedutan terakhir lalu buang rokok aku. Tiba- tiba ada orang tegur aku, "camne, ok tak", aku tengok kawan aku kebetulan melalui jalan tu. Dia tolong aku pegang helmet dan beg aku. Aku angkat motor aku dan tolak ke tepi jalan. Aku roger kawan aku, datang lah 2,3 bijik lagi datang membantu.

 Alhamdulillah, just calar ekzos cover, air scoop. Just handle yang bengkok kena tukar terus. Tapak meter pulak patah. Tapi still ok. Meter pon tak wengg lagi. Ada modal lebih la baru buat balik. Digital terus ke.. heheee. terbang la RM50 tukar handle POSH. before this aku pakai handle TDH second.


Naseb dia ikat handle aku ketat, kalau tak, boleh kemik tank kena handle

Tapi tak serik lagi, petang tu jugak aku try meter aku wengg ke tak. Still the same. Haha~ sebab jatuh seret je, tak terhentak atau terhantuk. Aku pon kaki tak luka pon sebab aku lompat dari motor. Kekekee~ Sori Fatin Zahirah (nama motor aku :p) saya terpaksa tinggalkan awak time tu


Naseb sikit je.. Sebab aku lompat. wakakaa~ kaki sikit pon tak calar


Then esok tu aku ride sejauh 300km. Dan lusa tu 200km lagi. Haha.. Rider tak pernah serik :-p
Betul tak??

Apa pon thanks la kepada crew2 uang membantu. Terus datang sebaik dngar aku jatuh walaupon ada hal lain, ada yang terus update facebook (dalam masa 5minit, da naek dalam facebook =.=") , datang bagi sokongan moral dekat bengkel.. haha. korang memang mempunyai semangat brotherhood dikalangan rider yang tinggi. wohoo~

Haha.. macam2 korang. Aku jatuh pukol 4suku kot.. demm!!


nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Friday, January 20, 2012

FARK lori !!!!!


Huh!! tekanan nih! tekanan nih!! huaarrgghhH!!

Da la hari ni otw balik kampung cuti raya cina banyak gila roadblock JPJ + speedtrap + polis trafik berkhemah dengan kuda putih tepi jalan.
Memang serabut tak boleh laju. Haha. Budak2 motor tak berapa nak sah pon, dok senyap la kat umah, tgok berita je la sambil makan biskut. 
Semalam lagi aku dapat info yang malam ni,  meriah betul. merata- rata
  • Perlis, JPJ serta segala jabatan operasi besar- besaran.
  • Selatan Kedah, 3 roadblock JPJ,
  • Batu 3 Shah Alam, LDP, semua ada JPJ, JAS, KDN, semua nak mengamuk.
  • Kat kampung halaman aku nih pon, JPJ punya roadblock smpai jem dekat 1kilo.
Haishh.. Kemain deme... serabut btol :-p

_______________________________________________________
Tapi, sebenarnya, atas nih tak ada kena mengena dengan tajuk pon.
Tajuk aku ialah FARRRKKK LORI!!!!! FARKK!!!
memang aku tak puas ati betol, lori2 kecik nih.
Treler setakat nih, takde buat palat dengan aku lagii,
kalo ade, mungkin aku xdan la nak buat entri tu kat sini,
kubur la jawabnye.. nauzubillah.... huuuu

Tergerak hati nak tulis entri ni, sebenarnya sebab,
kebelakangan ni ramai sangat rider yang kemalangan dengan lori nih,
Tambah- tambah lagi dua tiga orang yang aku kenal.
Dah la bukan salah si penunggang tuh, 
Dan perkara ini memuncak pada petang tadi,
bila aku yang hampir menjadi mangsa ke'baghal'an lori kecik nih.
Mintak simpang laa wei... tak sanggup mati macam ni
Kisahnya begini........................ 
Pada suatu hari,
Jalan tu dua lane setiap arah. dan arah bertentangan dibahagikan dengan divider tembok batu tuh,
Jalan straight, elok, dan trafik yang terkawal. Aku tengah la memecut santai,
kat depan aku tengok ada lori sedang follow keta kat lorong kiri. Aku memang da lorong kanan memang cruise steady la dalam 120km/j kot. 

Jalan memang clear melainkan kami tiga ketul kenderaan je, semakin aku menghampiri, otak aku terdetik, kalau lori ni masuk lane aku macam mana?Tak dan otak aku nak bagi jawapan, 

BRAKKK!!! 

dia terus makan jalan aku, aku nak brek mmg tak sempat dah ni, dia tutup abes lorong aku, aku terpaksa rapat ke kanan lagi, dan lagi,  dan mencelah antara dia dengan tembok batu tu. Memang betul2 rapat sangat. Da macam meniti atas titi time test JPJ tuh... Tapi kiri aku lori, kanan aku tembok.
Time tu, otak aku dok kalut tengok risau kot2 ada lubang tepi2 tu, nak jatuh terjun belah mana niii (takkan la terjun kat tayar lori kot) , jangan laaa motor aku hancur, fokus nak balance, sbb salah balance sikit ja, memang mengundang kecederaan mandatori, sampai betul2 tepi dia, baru aku dan picit hon,

PIIINNN!!!!! 

dan terus aku melepasi dia, pastu drebar dia usha aku buat muka "amazed" macam mana tiba2 aku muncul depan dia sedangkan dia yang tengah best memotong kereta tadi.. Memang celaka punya pak cik drebar tu. Aku malas nak maki atau angkat jari tengah. (selalu pantang je, aku angkat.. tapi time tu memang nyaris sangat kot, teringan tuhan sekali) Aku cuma angkat jari telunjuk dan buat isyarat konon, "aiiiii.. budak niiii"

Then aku terus sambung perjalanan. Apa aku nak buat lagi dah. Lepas tuh jadik sopan la jap, then dok terpikir jgak tadi, kalo la jatuh, pastu.. huihh!! stop pikir, fokus balik. heeeee.

Tapi siyes, korang ingat2 la dengan lori- lori kecil nih. Aku dapati lori kecik nih fobia sementara aku yang terbaru dan ancaman yang merbahaya kepada kita warga riders. Sebab trailer nih, dia jarang buat palat. Dia senyap straight depan ja.. Kadang2 ja, kita kemalangan dan dia berada di tempat kejadian untuk bagi finishing sadis. Tapi yang kisah lori kecik nih, diorang yang punca. 

Bila jumpa lori nih, expect the unexpected, stay sejauh mungkin dengan dia. Da la blindspot besar, pastu dok bajet kete punya style driving. Phui!!!!

Beringat lah sebelum kena, dah kena karang, memang tak best dah.
*motor pon tak sedap dah. Nak jual pon orang tak berapa nak dah.
Yang paling penting, kot parah ka luka tu, tak boleh nak ride dah ke, sedihh mehh...
Nyawa tu penting. Amalan pon tak cukup2 lagi. hehh

Memang naya kalau kena macam ni.. belum kena gilis kereta belakang lagi. weyhhh!!
Hargai nyawa anda :-)
FARKKK LORIII FARKKK!!!!!! FARK!!!!

Nuffnag