Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Showing posts with label Ducati. Show all posts
Showing posts with label Ducati. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Ducati Hypermotard, Hyperstrada, dan 899 Panigale dilancarkan di Litar Sepang

Assalamualaikum,
Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) telah memeriahkan perlumbaan MotoGP di Litar Sepang pada baru baru ini dengan pelancaran beberapa model motosikal terbaru selepas pengenalan Diavel Stripe dan Diavel Strada.

Pelancaran motosikal serba boleh Hyperstrada dan Hypermotard telah diadakan di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur, manakala model 899 Panigale telah dilancarkan sehari sebelum perlumbaan akhir berlangsung di Litar Sepang, Malaysia.

Pelancaran telah disempurnakan oleh penunggang MotoGP pasukan Ducati, Nicky Hayden disertai Pengurus Pasukan Ducati Corse, Vittoriana Guareschi, Pengarah Komersial Ducati Asia, Pierfrancesco Scalzo dan Timbalan Presiden Naza Two Wheels, Nik Danial Nik Mahmood.

Ducati Hypermotard dan Hyperstrada telah dipasang di kilang Ducati di Thailand menggunakan enjin 821cc Testasretta 11 dan berkebolehan dalam pengendalian kerana lincah, berkuasa dan ringan. Malah, Hyperstrada mempunyai kelebihan untuk perjalanan jauh kerana turut dilengkapi beg sisi, tempat duduk lebih lebar, dan penghadang angin.
HARGA HYPERMOTARD RM 68,888
HARGA HYPERSTRADA RM 73,888

Malaysia telah menjadi negara pertama di Asia yang melancarkan model Ducati Panigale 899. Malah, model ini baru sahaja dilancarkan di peringkat global pada bulan lalu. Selain menggunakan kerangka 'Monocoque' dan enjin dua silinder L 899cc 'Superquadro' baru, motosikal ini turut dilengkapi dengan mod pilihan tunggangan, brek ABS, Kawalan Cengkaman Ducati (DTC), Suspensi Elektronik Ducati (DES), Ducati Quick Shift (DQS), Engine Brake Control (EBC), dan 'Ride-by-wire'.

APA YANG PALING MENARIK.
Mulai pertengahan tahun 2014, Ducati Malaysia akan membawa 899 Panigale dari kilang Ducati Thailand, tetapi untuk yang terawal, model terus didatangkan dari Bologna, Itali dengan harga pasaran RM 108,888.

Sumber : BH Auto

Tuesday, October 09, 2012

Official: Valentino Rossi menyertai Yamaha dengan dua tahun kontrak

Sheet! Title aku dah macam bahasa baku, terus rasa macam posting Indon. haha

Oppsss.. Assalamualaikum.

Mata bertentang mata


Yeaa.... peminat The Doctor,  Valentino Rossi telah disahkan oleh Yamaha telah memeterai kontrak bersama Yamaha selama dua tahun. Beliau akan menyertai Yamaha Factory Racing Team selama 2013 dan 2014. Dannn..... beliau akan saing2 dengan Jorge Lorenzo! Rider top buat masa sekarang dalam MotoGP. Buat masa sekarang, Rossi pulak di tangga ke8.


Sedikit fakta tentang Rossi dengan Yamaha:
- Rossi start join team Yamaha sejak tahun 2004, sehingga 2010. (7tahun or dengan jelasnya, 7musim kejohanan MotoGP)
- Sepanjang dengan Yamaha, Beliau telah memenangi 46 perlumbaan Grand Prix
- Beliau dengan jentera YZR-M1 telah digelar sebanyak 4 kali sebagai MotoGP World Champion.



FIAT YAMAHA



Rossi bersama Lorenzo, Catalunya 2009


Yamaha-YZR-M1-2010-Rossi

Rossi mengucapkan selamat tinggal pada M1 (2010)


Lin Jarvis (Pengarah Urusan, Yamaha Motor Racing) telah mengeluarkan statement
“This announcement is once again excellent news for Yamaha. In June we were able to sign Jorge Lorenzo for the 2013-14 campaign and now we are able to confirm Valentino Rossi for the next two years. In doing so we have been able to put together the strongest possible team to challenge for victories and to promote the Yamaha brand.
 
We have run this ‘super team’ together in 2008, 2009 and 2010 and during that time we achieved the ‘triple crown’ titles with Rider, Manufacturer and Team World Championship victories for three consecutive years.
The target for the future is obvious and we will do our utmost to achieve our goals.

 
I have no doubt that with the experience, knowledge, skills and speed of these two great champion riders we will be able to challenge for many race wins and for the 2013 & 2014 World Championship titles.
The signing of Valentino completes our future planning for the Yamaha Factory Racing MotoGP Team. Now that this is done we will put our 100% efforts into completing the job at hand and to supporting Ben Spies and Jorge Lorenzo in their search for race victories and for Jorge’s 2012 World Championship title challenge.”


Rossi ketika bersama Ducati

Aksi bersama Ducati yang tidak memberansangkan




Well, bagi mereka yang tak paham bahasa omputih penjajah tu, senang cerita musim depan, Yamaha akan memiliki super team dengan kehadiran dua orang penunggang Valentino Rossi dengan Jorge Lorenzo yang sama jugak, sign deal 2tahun, 2013, 2014.

Memang, beliau tak boleh perform duduk dengan Ducati. Tak serasi. Dia pon frust aritu sembang dengan aku. Ahakss.. Dia pernah keluarkan statement yang dia frust meninggeng, sebab gabungan Italian Rider (Rossi) dengan Italian Bike (Ducati) tak berhasil.





Rossi (breakdance) MotoGP Jerez 2006






Rossi di Sepang




So, meh kita layan beliau dengan Nippon, M1!!! haha..




Whitey White Yamaha

Blacky Black Ducati




nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Nuffnag