Okeh, Tajuk kali ni aku nak bagtau korang pasal peraturan2 dan etika korang dalam sesebuah konvoi. Korang jgn igt korang ramai, boleh buat kepala atas jalan. Orang laen pon bayar roadtax. Heheh. Jaga imej kita sebagai rider,, bukan rempit.
So, rider bila bergerak, mestila beradab dan bersopan. Dan itu dinamakan, konvoi :-p haha
Konvoi motosikal ni dibahagikan kepada 4:
-Lead
-Marshall
-Peserta
-Sweeper
Lead
Bukan lead pensel. Hehe. Tanggungjawab Lead ialah menentukan kelajuan sesebuah konvoi dan kena beringat ada kenderaan jauh di belakang dalam sesebuah konvoi. Sentiasa melihat side mirror untuk pastikan motosikal di belakang tak ketinggalan terlalu jauh. Bile melalui terlalu bnyak traffic light, lead perlu berhenti di tempat yang selamat bagi mengumpulkan krew2 yang mungkin terpisah. Lead jugak perlu sentiasa beri isyarat ketika menukar arah bagi mengelakkan 'burger' di tengah jalan. Hehe. Beritahu krew di mana berlepas dan berhenti.
Marshall
Berada di tengah- tengah konvoi tetapi dorang ni boleh berada di mana- mana untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan. Marshall juga tugasnya untuk memastikan kelancaran konvoi di persimpangan dan pastikan konvoi sentiasa tersusun.
Motosikal Peserta.
Hahah! Ni semua korang lah. Korang tak dibenarkan memotong, kecuali kecemasan ataupon time free ride. Perhatikan lead jika ingin memotong. Jaga jarak anda dengan krew di hadapan dan belakang dengan selamat dan selesa. Pastikan motor korang nih, sentiasa dalam susunan dan flashkan lampu (bukan torchlight dalam beg, mahupon flash kamera) jika kecemasan.
Sweeper
Sweeper perlu sentiasa berhubung dengan lead (comm set, tentunya. jangan jerit2), Jika lead beri kenderaan lain memotong, biarkan kenderaan lain momotong dengan selamat melepasi konvoi.
Peraturan- peraturan Am yang perlu korang turuti:
1. Sihat, cukup tido, cukup bekalan, dan persediaan sebelum memulakan ride
2. Pastikan motor anda berkeadaan baik dan telah diperiksa minyak, tayar, rantai, cooler, minyak hitam.
3. Revise jalan2 yang bakal dilalui dan plan back up
4. Dengar dan patuh arahan lead, marshall, dan sweeper.
5.nyalakan lampu, sebagai tanda anda dalam konvoi dan mudah dikenali
6. Jaga jarak antara rider
7. Hormati kenderaan lain, walaupon sekadar c70 yang nak memotong. Bertimbang rasalah :-)
8.Lead jangan terlalu laju atau terlalu slow
9. Jika masalah, Sweeper sahaja yang akan berhenti. Yang lain akan tunggu di depan di Rally Point.
10. Sentiasa tenang dan tidak mudah menggelabah. 'Gelabah Biawak'
11.Memotong dengan selamat dan bersopan. Jangan terlalu rapat
12. sedia menghadapi apa jua cuaca. Jgn hujan baru gelabah nak simpan eletronik device kat dalam beg. :-)
Gambar kenangan. First time aku join konvoi lepas kuar motor baru dulu.
Berkumpul kat rally point tunggu rider lain untuk bergerak sekali.
Ada bnyak lagi,, tapi aku bukan nak tulis buku untuk dewan bahasa dan pustaka. Sekadar yang penting dan aku ingat je la. Tulis bnyak2 pon korang ingat ke?? haha. Yang penting, patuhi papan tanda jalan raya. :-)
No comments:
Post a Comment