Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Showing posts with label Al Kisah. Show all posts
Showing posts with label Al Kisah. Show all posts

Wednesday, January 09, 2013

Langkah Baru


Gua tau gua lagi hensem dari motor nih. Btw, ni carb edition okeyy

Assalamualaikum.
Tajuk kali ini nampak pelik kan? Dan bakal out of topik sementara. Tiada review tentang mana- mana kuda gila mahupon tenggiling. Aku bakal meluahkan tentang perancangan aku untuk menjadikan blog ini lebih komersial. Hee hee

 Pada asalnya, aku mewujudkan blog ini adalah untuk meluahkan pandangan aku, pengalaman dan sebagainya tentang arena permotoran yang aku gila- gilakan. Pada waktu awal penubuhan blog ni, aku tak mengharapkan sangat orang baca. Nobody knows about my blog, tidak. Bagi mereka yang mengenali diri aku ini lah. Aku rahsiakan segala- segalanya. Hahaa. Memblogging sekadar kepuasan hati, suka- suka. Awal 5 bulan, beberapa orang sahaja viewers yang aku dapat.


Bersama sahabat. Otw gi Vespa Carnival Kuala Kangsar 2012


Namun, tak lama selepas itu, viewers aku mencanak naik. Sehinggakan mampu mencapai 1000 pageviews sehari. Sehingga entri ni ditulis, average viewers aku sehari dalam 400-500 lah. Kebetulan, kawan kelas aku ni seorang subwriter di amazingnara.com , dan juga pemilik blog  dan  laboji.my . Aku tengok dia siap bekerja makan gaji lagi sebagai penulis blog dekat amazingnara tu. Walaupun tak banyak, tapi dia bukan owner kan? Owner dia mesti masuk berasap punya. Maka timbul dalam hati aku untuk cuba. tak rugi pon kan?

Oleh itu, aku dedahkan kat dia dengan perasaan segan sikit sebab ada blog. *Sebab aku rasa malu sikit macam orang dok baca tulisan aku. Tapi nasib baik aku tulis tentang motor, nampak sikit jantannya, Tapi boleh la jugak kena gelak sebab nama blog Impian Sejati. Well, memang impian aku pun, :-P meminati dan menggilai motosikal. Haha


Pergi mandi sungai.

Tetapi nama tersebut tak sesuai untuk dikomersialkan, maka sekarang aku berkira- kira untuk penjenamaan semula. Link blog okay dah, bunyi sedap je. Sedikit demi sedikit dia tolong alter aku punya blog dan beri tips.
Maka sekarang aku punya projek ialah:
1. penjenamaan semula Impian Sejati
2. buat account Twitter untuk share entri baru dan berkomunikasi
3. apply adsense (tujuan utama)
4. buat blog lebih user friendly dan senang google jumpa
5. link dengan blog- blog besar kasi tambah trafik

Motor idaman ayah aku dulu serta sahabat kamcing aku. Honda NSR 150 SP

Setakat blog bodoh- bodoh aku sekarang ini pon, nuffnang yang gila tu dah masuk Rm0.60 (lol) lepas tu adverlets yang bagi sehari RM0.001+ pon dah ada RM5.49. Kalau jadi komersial + account adsense. InsyaAllah jadi la aku nak hidup sebagai student ni kan.

Doakan aku wahai pembaca sampai bawah entri ini sekalian. Aminn.

Sekiranya ada idea untuk nama blog aku ni, penjenamaan semula. Sila please tolong share. Terima Kasih

p/s: saja tunjuk gambar- gambar ni bagi ceria sikit post ni serta bila lagi nak tunjuk gambar- gambar ni kan? hee

Boss (kerja time cuti) aku punya. Kawasaki Z1000. Adik dia pakai CBR600


Motor rakan 'ofis' (kerja time cuti) bersama motorku




Dua- dua budak 'ofis' aku pakai scrambler. Owner moto yang aku naik tu yang snap pic nih




nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Tuesday, October 02, 2012

Al Fatihah buat Allahyarham Jat Tough :-(

Assalamualaikum. Semalam pada pukul 5.40 pagi macam tu, aku dapat BBM dari kawan baik aku. Starting dia tulis :

"Jat Tough meninggal tadi. Xcident moto."

Hitam MJ, Merah aku. Tadi? tu sebab terkejut tadi bilanya pada pukul 5.40 pagi


Aku tersentak, biar betul. Aku baru semangat nak cek tgok bbm masuk ingat kan adinda aku da bangun. Err.. dalam screen capture tu Fibrous merupakan nama orang. Okeh, gelaran. Fibrous ni senior aku jugak. Satu batch dengan arwah Jat Tough tu dekat sekolah kitorang dulu. MJ dengan Fibrous ni sekarang diorang belajar dekat Penang dan tinggal dalam blok apartment yang sama.

Aku dengan MJ tu plak junior, muda setahun daripada batch arwah. Dulu sekolah, kami main ragbi sekali. Diorang pon baik dengan kami, kami pon hormat diorang. Walaupon tak rapat, tapi sempat la jugak kenal kenal dengan dia.Pernah pergi lepak dekat bilik dia.

Tapi aku terkedu la, sebab boleh kata ni 1st time seorang sahabat meninggal dunia sebab kemalangan motor. Arwah Jat pulak ride Kawasaki Ninja 250. Aku respek dengan arwah sebab muda- muda beli motor macam tu hasil titik peluh bisnes sendiri. Meninggal kemalangan pukol 3.06pagi kemarin. Dari Jitra nak balik ke rumah arwah dekat Perlis. Dengar kata accident dekat Kodiang.

Aku hajat nak jugak gi tengok, tapi tak tau rumah arwah dekat mana. Dan jugak tak tau sapa yang pegi. Sebab sekarang ni kan tengah final. Tapi still, aku macam tak boleh terima arwah dah takde. Macam sedih, takut pon ada. Baru aku rasa, aku ni takut mati jugak eh. Huuu

Jat Tough. Dengan Ninja 250 miliknya. Al Fatihah


Aku tak tahu nak tulis apa, tapi just post this special entri sebagai tribute kat arwah Aizat Ismail. Tanda sahabat, ingatan. Memang dulu arwah geng gila- gila dekat sekolah. Tapi arwah pon baik jugak sebenarnya. Ada dok nampak subuh dekat surau apa. Aku tak nak la story kan amalan arwah. Aku bukan dok stalk arwah. Allah je tahu. Orang nmpak baik belum tentu syurga, orang nampak jahat belum tentu neraka, Wallahualam.

Sekarang, karangan aku tak ikut flow, macam berterabur dah.

Time ni la aku terlintas macam- macam. Kalau dah aku xde kalau nanti, macam ni ke? Kawan- kawan post dekat wall yang tak dibalas tu. Ayat sayu- sayu. Bagi kata- kata semangat dekat adinda aku. Macam mana keadaan mak, ayah aku, adik beradik aku. Cikgu-cikgu nak cerita apa dekat murid dia sekarang pasal aku dulu.


Junior- junior nak ampunkan ke tak dosa- dosa aku dok buas dekat sekolah dulu. Ramai ke nak ingat aku lama - lama. Sedekah al Fatihah. Kawan- kawan aku ape reaksi diorang? ada tak orang yang menangis kematian aku nanti? Musuh- musuh aku maafkan aku tak bila tau aku dah xde? Aib aib aku nanti ada yang tolong tutup tak? Urusan- urusan aku yang tak selesai tu? Pekara- pekara yang aku sorang je tahu? Apa yang orang nak kenangkan sepanjang hidup dengan aku?

Aizat Ismail 22 Ogos 1992- 2 Oktober 2012

Kalau mana- mana kawan Jat yang baca entri ni, aku sekadar buat untuk kita kenang arwah. Sama- sama la kita sedekah al Fatihah kat arwah. Semoga arwah Aizat Ismail ditempat dikalangan orang- orang yang beriman. Amin. Muda lagi, baru 20 tahun. Aku lahir tahun 1993, arwah tahun 1992.

Mati itu pasti, beringat lah kita semua.


nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Thursday, August 09, 2012

Melawat Sahabat Yang Down

Assalamualaikum! Siyes lama gila aku tak post.
Lama kot menghilang... Mana tak nya,,, cuti sem bukan ada mood nak mengadap lappy lama2 ni. Pastu sekarang dok umah sewa mana ada internet. Dok pakai BlackBerry tu je online nyer. Tapi sekarang Alhamdulillah la,, internet da ada kat rumah, pakai streamyx. memang mudah. Boleh la nak kembali bergiat aktif balik dalam memblogging pasal cinta aku, "motor".... lolzzz

Sedang RV di stesen minyak

Tunggu orang yang lambat sebab tengok Final Badminton Olimpik

Take 5


Macam konvoi raya :-P

 Actually, last week punya TTS bagi kawan2 aku telah digantikan dengan melawat kawan aku yang down sebab dirempuh kereta. Huhuuu... Aku call tanya time mintak izin nak gi jenguk dia malam tu <- organizer besar mehh dia cakap okey je.. just nak jalan xlarat. huuu... Rupa2 siap bertopang pinggang dia masalah problem apa dah. Haishhh


Malam yang Lin Dan lawan Chong Wei tu lah. kitorang pergi. Disebabkan aku organizer dan aku set RV pukol 8.15- 8.30 di Shell, aku tak sempat menonton sampai habis perlawanan tu. Tapi kera2 ni sempat pulak layan habis. Sampai ke RV pukol 9 laa.. adoiyaii.. sirap menyirap aku. lolzzz

Alhamdulillah, dalam 15 orang join konvoi kecil- kecilan melawat sahabat tersebut. Korang mesti nak tau cmne dia down kan. Haaaaaa,,, begini ceritanya,
Petang tersebut, sejurus Asar. Dia baru lepas antar kereta katanya. Pastu, otw balik menaiki Kawasaki Ninja 250r 2008 beliau, beliau memang tak sedap hati dah. Maka beliau pakai segala fullface, glove, dan riding jaket.


Menunggu next direction
Lenguh gaya konon... hehe


Nak dijadikan cerita. Dekat satu traffic light 2lane tu. Lampu tersebut akan hijau sebelah untuk terus dan merah untuk orang korner. Beliau ni, di lorong luar nak straight, tiba2 motor depan beliau pakcik ni gi stop pulak. Dia terpaksa masuk ke lorong dalam. Tiba2, kat depan tu, Satria membuat U-turn haram time lampu merah  dan lantas block jalan beliau.

Disebabkan nak mengelak Satria tu pulak, dia nak masuk balik lorong luar tetapi tiba2 dirempuh dari belakang oleh Toyota Wish yang laju sambil mengelak pak cik yang berhenti tadi. Huuu.. Beliau telah terjatuh tetapi kaki sangkut kat footrest membuatkan dia terseret sejauh 2,3 tiang sebelum terhentak ke jalan.

Tapi Wish tadi telah berhenti dan memberi kan pertolongan sebab dia nampak dalam sidemirror bahawa si mangsa terseret atas jalan. Manakala Satria tadi pulak, hilang entah ke mana laaa lolll..
Begitulah gamaknya, tapi cerita dia, kalau korang tengok jaket riding dia, mesti korang bersyukur dia tak pakai tshirt biasa time tu. Kalau tak, nampak tulang lengan dia InsyaAllah. HuHUhuuuu

Tapi alhamdulillah la dia selamat. Dulu pakai FZ150i, eksiden angkat 250. pasni kata nak angkat R1 pulak... huhuuu... kalau betul2 jadi. memang aku jeles tahap level 34453545 lah.. huhuuu...













Sampai juga akhirnya

Parking mau sebariss

Tak reti nak turun lagi ke banggg~

Beliau adalah lelaki okey. Gaya macam lembut, tapi jiwa keras nihh

Kuda Gila aku ditengah tengah

Ninja beliau yang tersadai sementara. Tapi dah start repair dah

Bukan salah ibu mengandung, tapi salah tak pakai frame slider

Riding Jacket rabak. Kalau short sleeve kalau.... huhuuu

Yoshimura bocor... tamat riwayat sudaa

Raya awal... hahah

Kawan gua baru nak beli helmet ni dari beliau

Kalau flip up silap gaya boleh rabak jugak pipi u'olls

Safety 1st

Sama macam glove fua sekarang. Tapi glove gua tak pernah cium tar lagi... huhuhh



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih sebab baca sampai ke sini, dan Selamat mengejar lailatulqadar di malam 10 terakhir Ramadhan ini. Alhamdulillah, tiba2 view blog aku naik sebab aku buat previous entri tentang Ninja 250r 2013. Memang topi hot.. lololololll.. Bijak kan aku. Hahaaaa

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Monday, February 13, 2012

Riders are not Rempit!

Assalamualaikum, Kali ni aku nak menceritakan tentang perangai rider serupa rempit yang meroket, bersaing dan test power tak kena tempat nih. Da terer sangat ke, gi la masuk track. Baru tau sapa terer. Heh. Zassss~

baru lagi berlaku, insiden kat KLANG, MRR2 kalau tak silap sumber. Kisahnya begini :



Kawasaki Ninja 250


Situasinya ialah FZ 150 2 bji, ninja 250 sbijik... FZ pertama dah kedepan... ninja dgn fz kedua kat belakang lagi dan FZ kedua main cucuk2.... ninja dan fz kedua tersebut dari lane kiri terus ke lane kanan kelajuan 120km/h... tak sempat la elak sebab laju sangat... akibatnya, langgar 2bji ex5 dan 1 jaguh.... sorg rider ex5 tak bernafas, rider ninja patah gigi @ gusi, rider fz kedua bersepah dan rim patah.... ini yang masalah, sapa mau jawab kepada rider x5 yg tak bernafas tu????? baghal ayam betul, nak roket, tapi biar kena tempat dan roket secara berhemah... jgn nak laju ikut sedap, maaf kalau ada yg terasa.. aku post macam ni agar ada yg terasa dan safe ride lebih... 

Tujuan nak bagi iktibar pada orang lain agar beringat + cari modal cerita untuk blog aku. Thee hehe~
Tapi aku serius nih! Demm hell la nak meroket maen cucuk2 kat lorong kiri. Tak ke rempit korang nih, tak layak jadi riders kalau attitude macam tu. Cmon lah, tambah- tambah bila orang lain pon kena tanggung sakit sebab salah kita. Memang cam harommm rasa. 

Insan tak berdosa :-(


Okeh, saja nak buat bengang sikit. Sebab kesian kot, orang laen tak terlibat kena juga. Siap teruk lagi. Kena dia mati lagi, tak ke naya kita dan family beliau. Nak roket tu xda msalah speedtrap korang yang bayar. Aku pon dok meroket jugak, Tapi tgok keadaan jugak laa..

Orang kata, jangan seronok sangat. Sebab time seronok ni la kita akan berduka tiba- tiba.
sorry kepada yang terasa atau terlibat. Aku just nak bagi pengajaran je.
Ride safely kawan- kawan. Ingat laa, kita ni rider, bukan rempit.
So behave la sikit. Tau tau. Da la memalukan rider FZ macam aku nih. Ni rasa nak upgrade cc lagi cepat nih. Hua hua~

BTW, Get well soon bro yang terlibat semua. :-)

"Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Sunday, February 05, 2012

Sabun Oh Sabun

Assalamualaikum!
pada hari yang indah ini, mungkin.. tatau la kalau korang baca time hujan petir ke.
tapi kalau petir, switch off la pc atau laptop tu.. kot sambar dek kilat pulak.. haha
aku nak crita pasal sahabat ku yang jatuh 200meter selepas tukar tayar baru :-(
sad but true

ceritanya bermula, kawan aku nak tukar tayar sebab sebelum tu dia pakai Promax dan dah botak tengah.
then kedai yang kitorang pergi untuk repair bearing kawan aku sorang lagi memang banyak tayar shinko. Yang dikatakan tayar paling murah dan bagus. Adik beradik Michelin dan Battlax kata nya. Huhu~

Shinko oh Shinko. bila aku nak ada modal tukar tayar aku niii

So, kawan aku ambil lah dan tukar. Kalau tak, dia nak cari Duro. Tapi kawan aku yang lain tak galakkan sebab kata duro licin time hujan dan shinko lagi bagus. Kawan aku ni memang dok simpan bajet dah untuk tayar dan takut terguna duit tu. Aku membantah kata boleh pakai lagi ni, bukan nak ride jauh lagi. Tapi da beliau degil sangat, aku nak kata apa. Let go je la dia punya keputusan.

Time pomen tu tukar tayar aku tak usha, member aku lagi dua orang dok perhati la. Pomen tersebut menggunakan sabun basuh pinggan tu untuk mudah kan kerja masuk tayar tu. Dah setel semua, dan bayar. Kitorang pon bertolak la untuk ke destinasi seterusnya. Disebabkan jalan tu ada tembok, so kena lajak ke next simpang la untuk U-turn.


Next Uturn tu ada la tak sampai 200meter dari kedai tu. Aku lead, dan dah setel aku Uturn, aku usha kot side mirror aku nampak kawan aku di tayar baru nih jatuh dan paling jelas nampak kepala dia terhentak atas jalan. Aku pon terus berhenti, patah balik, parking tepi. Kawan aku sorang lagi belakang dia block jalan sat. Mangsa keadaan mengong kejap sebab terhentak kuat. Aku berdiri tepi jalan je la, takut aku pula yang kena rempuh, sbb ttrffic light hijau time tu.


Gambar hiasan

Kawan aku bangun, free gear untuk beralih ke tepi, tiba- tiba ada kereta bengap mana ntah, gi hon konon protes kami berhenti tengah jalan. Ikut hati nak luku je baghal camtu. Ingat kami gila kot nak buat jejak kasih tengah- tengah parlimen. Baghallllllll~ Kawan aku yang ada kat belakang tu menyuarakan rasa bersalah sebab time start gerak, dia perasan buih sabun meleleh dari tayar tu dan banyak la jugak. Tapi dia tak dan nak gi dekat tegur, traffic light hijau dan kitorang terus kona.

Naseb dia ada adengan balas membalas tayar sebab kalau dia jatuh terus, slide memang calar la. Tapi dia jatuh seketul dan kaki terkena kat tank kot. Membuatkan tank dia tak calar. Cuma clutch lever dan handle je bengkok. Petang tu jugak tukar handle!! haha.. meroket la dia pakai handle kips pulak. Lagi payah aku nak hambat pasni. :-p

Fuhh,, aku baru nak suruh review tayar shinko sebab aku nak pakai memandangkan ramai kata sedap untuk layan koner. Aku pon pernah ada jugak pengalaman dengan tayar bersabun nih. Tapi alhamdulillah, tak pernah jatuh lagi. So, kepada kawan- kawan di luar sana. Berhati- hati dengan sabun. Jangan main sabun di bilik mandi :-D

Gambar hiasan jugak... hahaaa


Sekian sahaja novel pendek aku kali ini. Thanks reading my peice of shit :-D
"Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Tuesday, January 31, 2012

Rider Down 010212



 sedikit info dari VOG. Seorang rider Versys Allahyarham Nazrun Plate No. NCP 6825 dari seremban yang telah down petang semalam di POS SLIM lebih kurang jam 4.50PM. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Allahyarham meninggal ditempat kejadian kerana pendarahan dalaman. Al Fatihah. 

p/s: berhati-hati ketika menungang motosikal.


Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!

Monday, January 16, 2012

Malang tak Berbau

Assalamualaikum.
Berhati- hati lah di jalan raya wahai sahabat rider ku.
Tiba- tiba kan?? Sbnrye aku baru lpas melawat kawan aku kat hospital tadi
Baru accident awal pagi tadi.

Dia berlanggar dengan lori yang U-turn mengejut tanpa bagi signal. Kalau tengok keaadan dia tadi, fizikal sekadar calar jari- jari gitu je [kan aku da suruh korang pakai glove :-)]
Just nampak teruk dengan wayar berselirat dan oksigen mask je. Tapi dalaman die, tulang bahu dan tulang rusuk patah dan terkena pada paru- paru. Bakal menjalani pembedahan. tadi pon nampak lemah dan tak bercakap, sekadar usha je kami yang turun melawat selepas dapat berita. Ye lah, nak cakap pon, japgi penat pulak. Dalam tu da teruk dah tu kena. Sama- sama kita mendoakan beliau agar cepat sembuh dan selamat. Ambil lah iktibar dari kejadian nih.

Peace!! haha. Get Well Soon

Benda nak jadi ni, sekejap sangat dan kita tak perasan pon bila. Itu la dinamakan malang tidak berbau. Dia pon tadi berlaku time balik kerja and dah dekat dah dengan rumah.

Sentiasa la beringat, sentiasa anggap pemandu lain tak nampak kita, so jangan la dok cucuk angin atau pon duduk rapat sangat dengan diorang. Hindarkan dari berada di blind spot lori ataupon bas. Korang pon tahu kan diorang punya angin macam mana, boleh berdangdut sekali dorang potong.


gambar kemalangan maut Ninja 250 diambil dari:  http://duniaitu.blogspot.com/

Yang kes Ninja 250 jatuh dan langgar lari oleh lori kat highway DUKE (tak silap) baru ni pon, kawan aku sebelum tu tengah follow brader tu (dah arwah, Al Fatihah), then tiba-tiba dia pecut dan tinggal kawan aku. Sekali kawan aku sampai, beliau dah arwah dengan otak bersepai atas jalan. Haaa,, sekejap sangat. Baru je tadi tengok sihat.
Ambil lah iktibar. Aku pon kena sentiasa beringat. Hidup masih panjang perjalanan. Bekal masih tak cukup. Jangan mudah lupa diri. Time kita lupa dan seronok tak ingt la yang mudah jadiknye.


We are Riders, Anda Mampu Mengubahnya.

Nuffnag