Apa khabar anda semua?
Foinee~ korang tau tak apa ini AP?
yeaa.. bukan Associated Press yang korang tengok dalam surat khabar macam Reuters dan semupamanya tu.. Bukan bukan.
AP kat entri aku ni ialah Approved Permit atau Permit Import. Di mana setiap kenderaan yang diimport masuk ke negara kita tercinta ni memerlukan AP. Pernah menjadi isu kejap apabila Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kang cadangkan supaya kita hapuskan je AP nih sbb benda ni cuma menguntungkan sesetengah bisnesman sahaja. Masa tu, Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Mahathir kita (speakingg + fakta sikit.. haha) tengah membincangkan isu ni.
Tapi mana mau,, benda ni bagi untung cukai kat kerajaan banyak. Itu pasal la harga superbike, kereta import kat Malaysia ni mahal. Kawan aku sndiri cakap time abang dia nak beli BMW (3series kot tak silap) salesman tu sndiri cakap kalau dkira balik, patut dah boleh beli Ferrari dengan harga tu kalau kat luar negara. AP ni pulak dikhabarkan syarikat- syarikat tertentu yang ada hubungan politik yang kuat je senang dapat.
*no offense, aku bukan nak berpolitik kat sini, but this thing make sense.
Kawasaki ER6n 2012. Baru tengok semalam kat kedai. RM37k otr terus kalau tak salah tengok. Baru lagi kann, mesti mahal. Tapi yang pasti salesman dia cakap muka dalam RM10k
Dikhabarkan, boon siew Honda ni senang dapat AP, tapi tak reti pakai dan tak bawak masuk bnyak motor. Honda dan BMW yang senang dapat AP. Tapi Yamaha dan Kawasaki yang ramai peminat kat Malaysia ni susah dapat.
Sampai bila orang nak kekal dgn EX5. Rider-rider tak tahan la nak jalan jauh2 naek EX5. Nak pakai mtor besar terus, tak mampu sbb mahal. So, motor yang harga boleh tahan dan sedap macam Yamaha LC135 jadik pilihan rider2 berstatus pelajar dan muda2 untuk balik kampung. RXZ jadik motor pujaan sepanjang zaman. Aim paling kuat, RXZ padahal keinginan mesti la lagi tinggi.
Yamaha XJ6 = RM 4X,XXX
Tapi, without AP ni, motor2 250-400cc, boleh je masuk negara ni dan main harga area lebih kurang 15k-20k(anggaran kasar). Tapi tak nak. Padahal, sah sah akan jual macam goreng pisang panas punya. Rider2 baru nak naek, Rider2 yang xnak naek sgt (ala kadar), mmg akan pakai punya. Dah memang motor cc macam tu patut harga macam tu, tapi sebab cukai AP pe suma, harga melambung lambung. Mana tahan. Peminat motor besar yang kurang mampu ni, mmg konfem boleh telan air liur la, tak pon sewa sbb mahal sangat walaupon memang sungguh-sungguh nak beli.
Tengok lah, sekali Kawasaki keluarkan model-model area 600cc tapi harga RM30k-40k. Memang macam pisang panas. Tak caya, tunggu tepi highway hujung minggu, memang banyak sangat sekarang model- model Versys, ER6n dan ER6f. (same je pon n dan f, fairing je pon, saje nak asing bagi nmpak bnyak :-p) Tapi itu la, murah sebab pasang kat Malaysia. Cukai sebagai komponen motor masuk ke sini, baru pasang siap, bukan motor gedebak sebijik! Kalau motor gedebak sebijik mmg harga macam R6 dan CBR 600 lah, around RM60k, 70k.
Tapi sementara nak dapat pakai umur dah 30 lebih, mana mariiii dah feel tu. Rasa nak naek cub dengan serban gi surau la pulak. Heh. Mugkin tak jugak bagi rider sejati macam korang. Tapi xlarat dah la kot. Parkinson lagi :-p No offense about this entri, sekadar menyuarakan pendapat dan tidak seronok tentang perkara ini. Cmon lah, Malaysia ni ramai yang ingin jadik rider tapi tidak mampu.
Kawasaki Versys. Aku tak minat sangat. He
No comments:
Post a Comment