Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Showing posts with label Riding Tips. Show all posts
Showing posts with label Riding Tips. Show all posts

Monday, July 08, 2013

ETIKA DAN PANDUAN BERKONVOI

ETIKA DAN PANDUAN BERKONVOI 

PENDAHULUAN
Aktiviti menunggang secara berkumpulan/berkonvoi mampu memberikan kepuasan dan sememangnya menyeronokkan, sekiranya dijalankan secara beretika dan tidak menimbulkan kontrovesi ataupun bahaya kepada diri sendiri, anggota konvoi yang lain dan orang yang ada dipersekitaran konvoi tersebut. Penunggang yang baru dan tidak biasa menunggang secara berkumpulan boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya, kumpulannya malahan kepada pengguna jalanraya yang lain.. Pelajari, fahami dan parktikkan pelajaran yang anda telah pelajari sebelum dan semasa anda menyertai sebarang aktiviti berkonvoi.

1. Hadir sebarang kursus yang berkaitan dengan aktiviti berkonvoi. Tidak kira samaada anda memandu ataupun menunggang. Pengetahuan teori dan praktikal berkonvoi sangat penting dan berguna ketika anda menyertai konvoi yang sebenar. Pengetahuan berkaitan teknik memandu/menunggang adalah punca utama bagi memastikan konvoi tersebut selamat pergi dan balik. 

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, tidak tergesa-gesa mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat. Ketibaan awal membolehkan peserta melakukan senaman ringan (stretching) dan membuat pemeriksaan secara serentak dengan peserta konvoi yang lain pada kenderaan sebelum berlepas. 

3. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshal ketika sesi taklimat diadakan. Ini sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Kefahaman mengenai perkara-perkara diatas dapat membantu memahami situasi yang akan ditempuhi semasa berkonvoi. 

4. Pakaian hendaklah sesuai dengan cuaca dan mudah dilihat, kasut, sarung tangan, helmet, vest pantulan cahaya, bezakan vest yang dipakai oleh marshal dengan peserta konvoi. Gunakan hanya helmet yang mendapat pengiktirafan SIRIM.

5. Sebelum bergerak susun kenderaan dengan teratur, aturkan Marshal bertugas mengikut format:- Lead - Arrow Head – Convoy Team – Guard and Sweeper. Peranan marshal ada diberitahu didalam kursus. Sekiranya anda menganggotai konvoi bermotosikal, mulakan pergerakan dengan 2 baris dahulu, supaya konvoi tidak terlalu panjang.

6. Langkah seterusnya, semua peserta konvoi duduk bersedia di atas motosikal masing-masing, kunci berada di posisi "ignition", ketua konvoi bolehlah memberi arahan untuk menghidupkan enjin serentak. Semua arahan-arahan seterusnya akan diberikan secara isyarat tangan bagi konvoi motosikal dan untuk konvoi kereta gunakan alat perhubungan secara ‘hands free’. Arahan bergerak ini membolehkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia di bawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Ketua konvoi akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

7. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang. Arrow head bertanggungjawab menentukan samada konvoi bergerak dalam satu barisan atau dua barisan, susunan motosikal dalam formasi zig-zag.

INI SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MENGELAK PELANGGARAN BELAKANG DLL. APABILA RAKAN DI HADAPAN MEMBUAT EMERGENCY BREK DAN PERLU INGAT, JANGAN BERGANTUNG 100% PADA LAMPU BREK RIDER DI HADAPAN, KITA JUGA BERGANTUNG PADA KEDUDUKAN RIDER DI HADAPAN DAN DI BELAKANG SEBELUM MENEKAN BREK ATAU MEMPERLAHANKAN KENDERAAN YG DITUNGGANG.

8. Dalam saiz konvoi yang besar, potong memotong sesama sendiri adalah dilarang kerana ia boleh mendatangkan bahaya, bayangkan apabila seorang jatuh maka motosikal/kereta di belakang akan berderet-deret berlanggar sesama sendiri. Jika anda perlu memotong rakan anda sila beritahu Marshal bertugas, gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi. Untuk memotong kenderaan lain, biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan di hadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong.

9. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda di tepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas. Kesemua anggota konvoi hendaklah berhenti dan selesaikan masaalah secepat mungkin dan tanpa tergesa-gesa sambung perjalanan apabil masaalah telah diselesaikan.

10. Semua yang terlibat dengan konvoi samada Marshal, peserta maupun penyelaras tidak dibenarkan samasekali untuk menggunakan siren dan lampu amaran. Hanya pihak PDRM yang mengiringi konvoi tersebut sahaja yang berkuasa berbuat demikian(sekiranya ada), termasuklah menahan, mengalir dan mengubah lalulintas bagi memberi laluan kepada pergerakan konvoi. Sekiranya konvoi tidak disertai oleh pihak Polis, anda hendaklah mengikuti dan mematuhi semua peraturan jalanraya. 

11. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi. Marshal hendaklah membantu memberi ruang kepada kenderaan tersebut lalu melepasi kumpulan konvoi.

12. Arrow head hendaklah mengawal kelajuannya berpandukan keadaan kumpulan konvoi dibelakangnya. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikalnya dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/lastman akan bersama sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi di hentian seterusnya.

13. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

14. Susun kenderaan anda (diajar semasa kursus) disetiap tempat berhenti. Jangan letak kenderaan anda di tempat yang jauh dari anggota yang lain. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri beritahu ketua konvoi dan jangan menyendiri. Ini bagi mengelakkan anda tercicir/tertinggal semasa menyambung perjalanan. 


Perkara Am

Sebelum berkonvoi:-
1. Periksa kenderaan anda (motorsikal/kereta) bahanapi dipenuhkan, tekanan angin tayar cukup dan tepat, rantai dilaras dan diminyakkan, system bre, klac dan lain-lain dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin keluar dari konvoi maklumkan lebih awal kepada ketua konvoi anda. 

2. Nyalakan lampu motorsikal anda Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain bahawa anda bergerak dalam satu kumpulan. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama. Ini memudahkan jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan motorsikal maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3. Untuk keselamatan elakkan kenderaan lain masuk mencelah antara anggota konvoi, perbuatan ini hanya akan mengundang bahaya. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut-nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

4. Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap penunggang dan juga kemampuan motorsikal peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan motorsikal anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan motorsikal di belakang , di sisi berada dalam susunan. Jika motorsikal di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan motorsikal terlalu jauh ( perlahan kan juga motorsikal anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan berlumba sesame sendiri atau mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

5. Bertenang, kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta bersabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tidak menepati dari jadual sebenar.

6. Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan motorsikal hadapan dan menyebabkan kenderaan yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya

via: HVM AutoParts (M) Sdn Bhd
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=470844702993632&set=a.270506513027453.61322.248599865218118&type=1&theater

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Monday, March 12, 2012

How Low You Can Go ???

Assalamualaikum! Lama tak update meh. aku busy final nih sekarang.. haha. Tambah pulak balik rumah (padahal busy) study week aritu internet rumah kena potong, balik kampus pulak roomate aku haramjadah bawak p1 kami balik kampung... heh. memang xdapat laa.. Okeh2, wish me luck. tu je, xnak sembang dah melalut2.

Cornering, di sini ada beberapa jenis cornering, korang selalu yang mana satu?

1. Anda tak perlu turun punggung. Just turunkan bike anda dan anda stay di seat anda. Senang kawal motor, terutama kalau tayar membuang pon, anda mudah nak angkat balik motor. Aku kadang2 buat camni time korner kat traffic light yang jalan nya pasti licin dan berpasir.

2. Kedua, kalau anda tengah laju lah, anda akan tekan motor supaya turun lebih rendah tanpa turun badan. Ini membolehkan anda korner lebih tajam. Tapi aku tak suka buat sangat cara ni, rasa macam senang tayar membuang. Heheh..

3. Gaya yang stylo, dan mudah untuk anda asah lutut. Gaya yang stabil tetapi kalau tayar membuang, memang payah sikit nak recover balik. Aku selalu buat terutama kalau korner yang panjang di mana kena stabil untuk constant speed. Koner tajam pon sedap jugak.

4. Ho.. Ini tak penah buat, dan paling stylo. Tapi ini juga mungkin untuk tengah laju, anda berusaha untuk bawak turun motor anda sambil melayan koner yang tajam.

5.Ini pulak, mungkin koner yang melencong tajam. Lebih stabil dan laju. Tapi kurang bergaya.

Aku jujurnya selalu nombor 1 dan 3. Tapi tak pernah cecah la... kecil2 an. Sebab faktor yang tak mengizinkan. Kalau tak, memang boleh dah tu... Haha.. :-p


Tahap ni memang aku tanak cakap ape la.... dengan siku pon die tibai... HuHuuu~


Korang pernah mencapai tahap sagat lutut dah?? haha... of course, bukan semasa jatuh. =.="

Aku tak. Haha... Memalukan en, tapi benda tu termasuk dalam list "things to do before i die". No Worry. hehe Tringin sangat2 kot. Tunggu la, sebab halangan aku sekarang, faktor tayar botak dan xcukup lebar, knee guard, serta footrest racing. Setelah aku memiliki benda tu, aku akan cuba... Haha.

Aku da buat dah, tak boleh, sagat kat footrest standard tu dulu. Berapa kali dah nak jatuh sebab tu... Huhu.
Tayar tak cukup lebar pulak punca aku jatuh haritu... Hehe. Trauma la dulu sat.
 Tayar botak aku dah banyak kali rasa membuang, nasib tak selerak ja.

Tapi bagi reader kat sini, anda mungkin sambil sapu jalan sebelah tangan time korner, anda tolong la tegur saya. Saya cuma berpandukan pengalaman bodoh saye je. Anda bagi la nasihat dan betulkan pendapat saya. Tringin nak belajar. Thanks.  :-)

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Sunday, January 15, 2012

Hand Signals

Assalamualaikum! hehe.. kat sini terdapat beberapa simbol yang perlu korang ambik tau. Sebab ianya biasa digunakan dalam konvoi. Igt la serba sikit, supaya takde la jadi ragu2 pening2 lalat. Sebab orang belakang anda tak tau apa berlaku kat depan. Anda salah, belakang pon turut la.. haha. Kerjasama tu penting bro! Macam maen 'talipon rosak' jugak la. kan?? 

GROUP RIDING HAND SIGNALS

Motorcycle hand signals are important for all riders to know and understand but especially when riding in a group. (When riding in a group the signals should be relayed back through the group.)


START ENGINES

With your right or left arm extended, move your index finger in a circular motion.


LEFT TURN

Raise your left arm horizontal with your elbow fully extended.


RIGHT TURN

Raise your left arm horizontal with your elbow bent 90 degrees vertically.


HAZARD LEFT

Extend your left arm at a 45 degree angle and point towards the hazard. 


HAZARD RIGHT A

Extend your right arm at a 45 degree angle and point towards the hazard.


HAZARD RIGHT B

Extend your left arm upward at a 45 degree angle with your elbow bent to 90 degrees and point towards the hazard over your helmet.


SPEED UP

Raise your left arm up and down with your index finger extended upward. This indicates the leader wants to speed up.


SLOW DOWN

Extend your left arm at a 45 degree angle and move your hand up and down.


STOP

Extend your left arm at a 45 degree angle with the palm of your hand facing rearward.


SINGLE FILE

Position your left hand over your helmet with your fingers extended upward. This indicates the leader wants the group in a single file formation. Usually this is done for safety reasons.


STAGGERED or SIDE-BY-SIDE FORMATION

Extend your left arm upward at a 45 degree angle with your index and pinkie finger extended. This indicate that it is safe to return to staggered formation.


TIGHTEN UP

Raise your left arm and repeatedly move up and down in a pulling motion. This indicates the leader wants the group to close ranks.


TICKED OFF
Extend your left arm straight out with your elbow bent 90 degrees. Carefully extend your middle finger to clearly demonstrate your dissatisfaction with the other guy. NOTE: It is not recommended you do this when you are alone.

 p/s : simbol last ni cuma marshall, lead atau sweeper je yang boleh buat. hehe 


Harap korang ingat simbol-simbol ringkas nih. Ade lagi.. aku pon xbrape tau lagi. Hehe. Yang penting alert signal dari orang depan dan aleert pada orang belakang. Ride Safely kawan! Rider for life!

Saturday, January 14, 2012

Peraturan Dan Etika Konvoi

Okeh, Tajuk kali ni aku nak bagtau korang pasal peraturan2 dan etika korang dalam sesebuah konvoi. Korang jgn igt korang ramai, boleh buat kepala atas jalan. Orang laen pon bayar roadtax. Heheh. Jaga imej kita sebagai rider,, bukan rempit.
So, rider bila bergerak, mestila beradab dan bersopan. Dan itu dinamakan, konvoi :-p haha


Konvoi motosikal ni dibahagikan kepada 4:
-Lead
-Marshall
-Peserta
-Sweeper

Lead
Bukan lead pensel. Hehe. Tanggungjawab Lead ialah menentukan kelajuan sesebuah konvoi dan kena beringat ada kenderaan jauh di belakang dalam sesebuah konvoi. Sentiasa melihat side mirror untuk pastikan motosikal di belakang tak ketinggalan terlalu jauh. Bile melalui terlalu bnyak traffic light, lead perlu berhenti di tempat yang selamat bagi mengumpulkan krew2 yang mungkin terpisah. Lead jugak perlu sentiasa beri isyarat ketika menukar arah bagi mengelakkan 'burger' di tengah jalan. Hehe. Beritahu krew di mana berlepas dan berhenti.

Marshall
Berada di tengah- tengah konvoi tetapi dorang ni boleh berada di mana- mana untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan. Marshall juga tugasnya untuk memastikan kelancaran konvoi di persimpangan dan pastikan konvoi sentiasa tersusun.

Motosikal Peserta.
Hahah! Ni semua korang lah. Korang tak dibenarkan memotong, kecuali kecemasan ataupon time free ride. Perhatikan lead jika ingin memotong. Jaga jarak anda dengan krew di hadapan dan belakang dengan selamat dan selesa. Pastikan motor korang nih, sentiasa dalam susunan dan flashkan lampu (bukan torchlight dalam beg, mahupon flash kamera) jika kecemasan.

Sweeper
Sweeper perlu sentiasa berhubung dengan lead (comm set, tentunya. jangan jerit2), Jika lead beri kenderaan lain memotong, biarkan kenderaan lain momotong dengan selamat melepasi konvoi. 




*gambar hiasan. tapi korang boleh nampak formation diorang macam mana kan?




Peraturan- peraturan Am yang perlu korang turuti:

1. Sihat, cukup tido, cukup bekalan, dan persediaan sebelum memulakan ride
2. Pastikan motor anda berkeadaan baik dan telah diperiksa minyak, tayar, rantai, cooler, minyak hitam.
3. Revise jalan2 yang bakal dilalui dan plan back up
4. Dengar dan patuh arahan lead, marshall, dan sweeper.
5.nyalakan lampu, sebagai tanda anda dalam konvoi dan mudah dikenali 
6. Jaga jarak antara rider
7. Hormati kenderaan lain, walaupon sekadar c70 yang nak memotong. Bertimbang rasalah :-)
8.Lead jangan terlalu laju atau terlalu slow
9. Jika masalah, Sweeper sahaja yang akan berhenti. Yang lain akan tunggu di depan di Rally Point.
10. Sentiasa tenang dan tidak mudah menggelabah. 'Gelabah Biawak'
11.Memotong dengan selamat dan bersopan. Jangan terlalu rapat
12. sedia menghadapi apa jua cuaca. Jgn hujan baru gelabah nak simpan eletronik device kat dalam beg. :-) 

Gambar kenangan. First time aku join konvoi lepas kuar motor baru dulu.
Berkumpul kat rally point tunggu rider lain untuk bergerak sekali.


Ada bnyak lagi,, tapi aku bukan nak tulis buku untuk dewan bahasa dan pustaka. Sekadar yang penting dan aku ingat je la. Tulis bnyak2 pon korang ingat ke?? haha. Yang penting, patuhi papan tanda jalan raya. :-)

Nuffnag