Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Tuesday, January 31, 2012

Official 2012 MotoGP testing

 Buat kali pertamanya, pelumba- pelumba MotoGP akan kembali ke Sepang International Circuit (SIC) selepas kematian pelumba San Carlo Honda Gresini , Marco Simencelli pada Oktober tahun lepas sewaktu Malaysian MotoGP. Ini merupakan untuk official MotoGP testing bermula 31Jan sehingga 2Feb ini.
 
Paying respect to Marco Simoncelli




Okeh, official test ini akan memberikan peminat2 untuk megusha jentera2 terbaru pelumba pada musim ini dan melihat pelumba2 kesayangan korang dari dekat. Yang menariknya, sempena pra musim test session kat SIC kali ini, main grandstand akan dibuka secara kepada peminat secara PERCUMA  dan menikmati kelebihan promosi early bird untuk 2012 Malaysian Motorcycle GrandPrix. Waahhhh!!!! seronok seronok .

 Repsol Honda Team RC213V

Dia akan ada 3 kali test sebelum musim bermula dengan rasmi di Qatar 8April ini. Sudah tentu sesi ini akan menampakkan jentera 1000cc MotoGP yang bakal menggantikan 800cc pada musim lepas. Dengan kebanyakan unchanged line ups  ; Honda dengan Casey Stoner juara bertahan bersama rakan sepasukan Dani Pedrosa, Yamaha disertai Jorge Lorenzo dan Ben Spies, sementara Ducati dengan Valentino Rossi dan Nicky Hayden.

Result for First Test at Sepang :

Jorge Lorenzo – Position 1st – Time 2.01.657 – Laps 30
“I’m very happy with today. For the first ride on the bike in some time, it’s been very positive. Yamaha has worked very hard over the winter for this M1. I can see very easily where I have to adapt my riding style for the bike and I can see a lot of potential. We have many areas where we can improve so I’m looking forward to beginning again tomorrow. I’m also very happy that my finger is fine and doesn’t affect my riding at all!”


Ben Spies – Position 4th – Time 2.02.234 – Laps 28
I’m happy, it was fun to get back on the bike today, I haven’t ridden any type of motorcycle since Valencia. It didn’t take too long to knock the rust off, we tried a few things in set up and every step we did made small improvements. We have a lot to do in the next couple of days and a lot more in the second test. It’s been a confidence inspiring start, Yamaha have put in a lot of effort for this season so we’ll work day by day to be even better.”
Test Times
1. Jorge Lorenzo (SPA) Yamaha Factory Racing 2’01.657
2. Dani Pedrosa (SPA) Repsol Honda Team 2’02.003
3. Cal Crutchlow (GBR) Yamaha Tech3 2’02.221
4. Ben Spies (USA) Yamaha Factory Racing 2’02.234
5. Valentino Rossi (ITA) Ducati Team 2’02.392
6. Andrea Dovizioso (ITA) Yamaha Tech3 2’02.751
7. Hector Barbera (SPA) Pramac Racing Team 2’02.773
8. Katsuyuki Nakasuga (JPN) Yamaha Factory Racing 2’02.829
9. Alvaro Bautista (SPA) Honda Gresini 2’02.869
10. Nicky Hayden (USA) Ducati Team 2’03.151
11. Stefan Bradl (GER) LCR Honda 2’03.668
12. Karel Abraham (CZE) Cardion AB Motoracing 2’03.781
13. Franco Battaini (ITA) Ducati Team 2’04.986
14. Casey Stoner (AUS) Repsol Honda Team 2’07.163
15. Colin Edwards (USA) NGM Mobile Forward Racing 2’08.240
16. Jordi Torres (SPA) Avintia Racing 2’10.671
17. Ivan Silva (SPA) Avintia Racing 2’11.267






Imej2 sekitar MotoGP Official Tests 2012 SIC ;

Jorge Lorenzo

Ada sesiapa tak kenal nombor tu??? Valentino Rossi la sayang~



Nicky Hayden

Ben Spies

Dani Pedrosa
Claimed to have 230hp !!!!!!! :-O

Rossi punya sekadar untuk testing. Full color masih lagi disorok

Dikhabarkan Rossi punya sebebnar for race. Dinamakan GP12 Phoenix

Rekaan konsep for Valentino Rossi by Nicolas Ceroni, Tapi tak tau la kalau pakai corak nii untuk race. Huhuu

Helmet tribute to Simoncelli I can see

Repsol Honda Team
Stoner in Sepang


Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!

Rider Down 010212



 sedikit info dari VOG. Seorang rider Versys Allahyarham Nazrun Plate No. NCP 6825 dari seremban yang telah down petang semalam di POS SLIM lebih kurang jam 4.50PM. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Allahyarham meninggal ditempat kejadian kerana pendarahan dalaman. Al Fatihah. 

p/s: berhati-hati ketika menungang motosikal.


Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!

Monday, January 30, 2012

Oil Filter

Kalau sebelum ni aku membicarakan entang minyak hitam ataupon minyak pelincir. Kali ini, aku nak membicarakan tentang oif filter pulak. Ye lahh.. pasangan baik kepada minyak pelincir. Selalu tukar minyak hitam kita akan tukar sekali oil filter jugak.

K&N Oil Filter sekadar gambar hiasan


Asalnye, aku pikir, oil filter ni bukan apapun. Untuk tapis minyak je. Tapi minyak tu, barang bersih dalam botol lagi. Ape yang nak kotor habuk ke, berpasir ke. Pakai yang local pun cukup lah kan. Tapi itu dulu, zaman jahiliah aku dulu. Tapi sekarang baru aku tahu yang oil filter ni penting jugak peranan dia untuk menjaga keamanan enjin kita nih. heeee

Tapi untuk oil filter nih, aku mungkin lebih kepada informasi berkaitan Yamaha LC135 dan FZ150i lah. Sebab motor efjek aku dan laici pakai oil filter yang sama saiz. So, abam2 big bikers jangan la marah aku. Aku kan budak baru belajar lagi... Heee...

Luaran nampak same je en. haha. dalaman yang penting!


Okeh, antara kepentingan menggunakan alat ganti tulen Yamaha ini,
1. membolehkan kecekapan penapisan yang tinggi - 80% seminit kepada semua bahagian enjin yang bergerak.

2. cukup tahan untuk menampung rintangan suhu tinggi (sehingga 150 darjah sentigrad)  dalam komponen enjin dan mengekalkan kecekapan suatu tahap penapisan.

3. mengekalkan tahap kadar aliran (3.5 liter / seminit ) dan mengekalkan tekanan yang optima (kehilangan tekanan rendah - 10Kpa/minit) bagi membolehkan minyak yang bersih sampai ke semua bahagian enjin.

Haaaa... sikit je kan. tapi penting meh. Kalo tak, macam mana nak mengekalkan prestasi minyak pelincir yang kita pakai kalo filter nya pon tersedak. tak boleh la nak unleash power sebenar motor.


  Bukan beza banyak pon harga yang ori dan local. Tapi, INGAT!! banyak kedai yang bagi price filter original tapi pasang kat korang filter local. Kena la berhati- hati supaya tidak tertipu. Meber2 aku ramai jugak kena. Elakkan anda juga dari menjadi mangsa.

Sayangi motor, pakai barang berkualiti. Nak lenjan tarak ingat pon selamat sikit :-D

Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!

Sunday, January 29, 2012

Gred Minyak Hitam

Assalamualaikum! haha.. lama dah tak mengepost entri baru dalam blog nih
sebab raya cina cuti balik kampung and busy sikit minggu nih. hee
Aku rasa entri kali nih aku nak membincangkan tentang minyak hitam.
Soalan pertama! apakah warna minyak hitam?
Haha.. ramai kantoi soklan ni (newbie terutamanya) :-p

Actually aku nak membincangkan tentang gred minyak hitam sebab ramai yang tak tahu nak baca gred minyak hitam ni bagi membantu korang memilih gred hitam yang sesuai bagi kuda kesayangan korang. heheee~

Pengenalan Minyak Pelincir
Enjin ni jantung kepada kenderaan. Komponen enjin pula majoriti diperbuat daripada mekanisme keluli yang bergeser dan bergerak setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan mekanisme ni akan menghasilkan haba dan geseran apabila bergerak dan mengakibatkan kehausan. Jadi, minyak hitam berfungsi untuk meminimumkan masalah ini. Minyak pelincir tu minyak hitam lah. Jgn dok wat konpius pulak. heh


selain daripada tu, minyak pelincir ni berfungsi untuk mengawal dan menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil dan besar mungkin (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksima mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.

Mengenali API dan SAE
'API' ni singkatan untuk 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika) bukannya API yang menyanyi lagu Pelita tuh mahupon Angkatan Pemuda Insaf. Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengetahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia. 



Gambar Hiasan. People loves pic! thats why :-p
Gred Minyak Pelincir
Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik


Gred SAE
gred yg menunjukan kelikatan sesuatu EO
SAE 0W
SAE 5W
SAE 10W
SAE 15W
SAE 20W
SAE 25W
SAE 20
SAE 30
SAE 40
SAE 50
SAE 60
 

Pengkelasan API

Kelas yg menujukan identiti EO
SA
SB
SC
SD
SE
SF
SG
SH
SJ
SL  



Yamalube ... tried once. teeettt!! thumbs down. No offense. Enjin kasar dan berat


nota kaki (walaupon pada skrin) :
Apa-apa E.O cth 10/40, 15/40 janji no belakang sama =40.
klu refer kt carta yg pomen tunjuk kat aku, 10/40 hanya boleh bertahan pada suhu enjin sehingga 50++ darjah Celsius. 40 tahan suhu 50-60, 50 tahan suhu 60-70
So, jika masih dalam jarak suhu ini 50-60, E.O akan menjalankan tugas nya iaitu pusing2 kat semua bahagian terutama di Shim atau valve dan akan turun ke enjin kembali n berulang-ulang, masa proses ni E.O akan melekat kt semua bahagian enjin kite. So wlpn 4 stroke, penting gak utk rehatkan enjin krn kite 150cc - 250cc adalah enjin yg dikira enjin standard ye kwn-kwn.
Tetapi, bila kite ride terlalu lama, bila suhu enjin naik tinggi n kite bawak jugak, maka semua molekul2 ini akan (meregang) dan terus turun ke enjin, jumlah yg melekat pn akan berkurang menyebabkan lebih pergeseran. Tu yg tepet cepat bunyi, shim atau valve ye.
So sbb tu amat penting memilih E.O ni mengikut keperluan, samada pekat (performance drop ckit) , cair ( perfomance up tp x tahan lama E.O ni). Dan itulah gunanye bahan2 additive pd kebykkn jenis E.O yg ada sekarang ni, cth ester, technosynt la etc......
Kesimpulan skang ni, pilih la E.O ikut keperluan ride sendiri jgn suka ati. Sekian

Sayangi motor anda! Peace!!! 
 


Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!

Friday, January 20, 2012

FARK lori !!!!!


Huh!! tekanan nih! tekanan nih!! huaarrgghhH!!

Da la hari ni otw balik kampung cuti raya cina banyak gila roadblock JPJ + speedtrap + polis trafik berkhemah dengan kuda putih tepi jalan.
Memang serabut tak boleh laju. Haha. Budak2 motor tak berapa nak sah pon, dok senyap la kat umah, tgok berita je la sambil makan biskut. 
Semalam lagi aku dapat info yang malam ni,  meriah betul. merata- rata
  • Perlis, JPJ serta segala jabatan operasi besar- besaran.
  • Selatan Kedah, 3 roadblock JPJ,
  • Batu 3 Shah Alam, LDP, semua ada JPJ, JAS, KDN, semua nak mengamuk.
  • Kat kampung halaman aku nih pon, JPJ punya roadblock smpai jem dekat 1kilo.
Haishh.. Kemain deme... serabut btol :-p

_______________________________________________________
Tapi, sebenarnya, atas nih tak ada kena mengena dengan tajuk pon.
Tajuk aku ialah FARRRKKK LORI!!!!! FARKK!!!
memang aku tak puas ati betol, lori2 kecik nih.
Treler setakat nih, takde buat palat dengan aku lagii,
kalo ade, mungkin aku xdan la nak buat entri tu kat sini,
kubur la jawabnye.. nauzubillah.... huuuu

Tergerak hati nak tulis entri ni, sebenarnya sebab,
kebelakangan ni ramai sangat rider yang kemalangan dengan lori nih,
Tambah- tambah lagi dua tiga orang yang aku kenal.
Dah la bukan salah si penunggang tuh, 
Dan perkara ini memuncak pada petang tadi,
bila aku yang hampir menjadi mangsa ke'baghal'an lori kecik nih.
Mintak simpang laa wei... tak sanggup mati macam ni
Kisahnya begini........................ 
Pada suatu hari,
Jalan tu dua lane setiap arah. dan arah bertentangan dibahagikan dengan divider tembok batu tuh,
Jalan straight, elok, dan trafik yang terkawal. Aku tengah la memecut santai,
kat depan aku tengok ada lori sedang follow keta kat lorong kiri. Aku memang da lorong kanan memang cruise steady la dalam 120km/j kot. 

Jalan memang clear melainkan kami tiga ketul kenderaan je, semakin aku menghampiri, otak aku terdetik, kalau lori ni masuk lane aku macam mana?Tak dan otak aku nak bagi jawapan, 

BRAKKK!!! 

dia terus makan jalan aku, aku nak brek mmg tak sempat dah ni, dia tutup abes lorong aku, aku terpaksa rapat ke kanan lagi, dan lagi,  dan mencelah antara dia dengan tembok batu tu. Memang betul2 rapat sangat. Da macam meniti atas titi time test JPJ tuh... Tapi kiri aku lori, kanan aku tembok.
Time tu, otak aku dok kalut tengok risau kot2 ada lubang tepi2 tu, nak jatuh terjun belah mana niii (takkan la terjun kat tayar lori kot) , jangan laaa motor aku hancur, fokus nak balance, sbb salah balance sikit ja, memang mengundang kecederaan mandatori, sampai betul2 tepi dia, baru aku dan picit hon,

PIIINNN!!!!! 

dan terus aku melepasi dia, pastu drebar dia usha aku buat muka "amazed" macam mana tiba2 aku muncul depan dia sedangkan dia yang tengah best memotong kereta tadi.. Memang celaka punya pak cik drebar tu. Aku malas nak maki atau angkat jari tengah. (selalu pantang je, aku angkat.. tapi time tu memang nyaris sangat kot, teringan tuhan sekali) Aku cuma angkat jari telunjuk dan buat isyarat konon, "aiiiii.. budak niiii"

Then aku terus sambung perjalanan. Apa aku nak buat lagi dah. Lepas tuh jadik sopan la jap, then dok terpikir jgak tadi, kalo la jatuh, pastu.. huihh!! stop pikir, fokus balik. heeeee.

Tapi siyes, korang ingat2 la dengan lori- lori kecil nih. Aku dapati lori kecik nih fobia sementara aku yang terbaru dan ancaman yang merbahaya kepada kita warga riders. Sebab trailer nih, dia jarang buat palat. Dia senyap straight depan ja.. Kadang2 ja, kita kemalangan dan dia berada di tempat kejadian untuk bagi finishing sadis. Tapi yang kisah lori kecik nih, diorang yang punca. 

Bila jumpa lori nih, expect the unexpected, stay sejauh mungkin dengan dia. Da la blindspot besar, pastu dok bajet kete punya style driving. Phui!!!!

Beringat lah sebelum kena, dah kena karang, memang tak best dah.
*motor pon tak sedap dah. Nak jual pon orang tak berapa nak dah.
Yang paling penting, kot parah ka luka tu, tak boleh nak ride dah ke, sedihh mehh...
Nyawa tu penting. Amalan pon tak cukup2 lagi. hehh

Memang naya kalau kena macam ni.. belum kena gilis kereta belakang lagi. weyhhh!!
Hargai nyawa anda :-)
FARKKK LORIII FARKKK!!!!!! FARK!!!!

Tuesday, January 17, 2012

Perihal 250

Haha.. Model 250cc. Kategori superbike cc rendah yang ramai pakai.
Terdiri dari kalangan rider yang baru mencari pengalaman
sebelum upgrade ke cc yang lagi besar.

Contoh yang terdapat di Malaysia ni,
1mile = 1.609 km ... Kalkulator cepatt!!! :-p
Kawasaki Ninja 250 , Honda CBR 250 , dan NAZA Blade 250,
setiap model ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Macam diorang kate,
  • Blade top kurang tapi ketahanan tu ade. maintain naik bukit dan pecutan die kukuh. (paham tak???) 
  • CBR pulak, handling sedap. meleper best and maintanence murah. Enjin single,
  • Ninja pulak, paling laju antara ketiga- tiga nih. Highway sedap la
Tapi takde la boleh blah sgt pon actually :-p


Tapi, yang jadik isu nye,
250 ni tak begitu berbaloi bagi rider 150 yang upgrade ke 250.
Power dan top lebih kurang je. Yang beza cuma pick up.
Member aku pon ada dah test Yamaha TZM dengan Ninja 250. Berjarak Ninja kena titik.
Kips stndrd serta Yamaha FZ150 yang dah dibikin pon boleh cucuk angin 250 mudah- mudah.

Aku, sewaktu test drive Kawasaki Ninja 250 kawan aku.. peace yow! hee
Sebab apakah kategori 250 ni tak sehebat zaman 250 dulu??
Sebenarnya salah ni datang dari manufacturer tu sendiri.
Awal 80/90 an semua nak melampau lampau
bikin enjin 250 dengan DOHC 16 valve technology
macam Yamaha FZR250, Honda CBR 250, Kawasaki ZXR250, dan Suzuki GSX250.
all big four mau lawan.

Yamaha FZR250

Cair la valve chorr... semua kasi full throttle, dengan cylinder 62.5cc
Dengan halusnye piston ring, piston dan valve. Dah la 4valve per cylinder.
Redline pulak 18,000rpm. Memang la gilaaa~
ditambah dengan iklim Malaysia yang panas nih, banyak yang kecundang tanpa pembelaan. Chewahh!

So, manufacturer terpaksa buat cara lain.
kawasaki buat twin, penyambung generasi ZZR
honda buat big single.

Hah!! Gaduh! Gaduh!! hehee~


Tapi orang Malaysia tak nak paham,
big single = bukan superbike then, 4cylinder 16V DOHC = terbaek sangat- sangat!
Banyak lagi format enjin yang wujud, V twin, 3 inline, parallel twin, Boxer twin.
Semua orang tetap teruja dengan 4inline 16v DOHC tu tanpa memahami,
kalau nak torque lebih, load berat, baik buat SOHC.
2valve per cylinder pulak lebih torque at lower rpm.
bagi korang nampak sikit macam mana rupa BMW Boxer twin

Nak buat macam mana, ramai yang tak tahu
kelebihan dan kekurangan,
16v           vs   8v,
SOHC      vs   DOHC,
4-inline    vs   v-4,
3inline ataupon boxer.
Kalau tak, takde la Triumph dengan triplenya dan BMW dengan Boxertwin saja.

V-twin engine, Harley Davidson lah mostly pakai

Haha.. panjang betul kisah pasal 250 ni. Dah la kisah silam pulak tu. Ingat kelas sejarah ke? haha. Rilek.. Nanti aku citer lagi. Mmg mood aku malam ni nak citer pasal benda nih. Korang bace je lah! :-p

Oh yea! aku ada dengar khabar yang Yamaha sekarang ni dalam proses bawak keluar motor baru, untuk compete balik dalam kelas 250 nih. Ye lah, Ninja 250, CBR 250 makin membiak kat Malaysia nih. Kita tunggu dan lihat yea kawan- kawan.

Monday, January 16, 2012

Malang tak Berbau

Assalamualaikum.
Berhati- hati lah di jalan raya wahai sahabat rider ku.
Tiba- tiba kan?? Sbnrye aku baru lpas melawat kawan aku kat hospital tadi
Baru accident awal pagi tadi.

Dia berlanggar dengan lori yang U-turn mengejut tanpa bagi signal. Kalau tengok keaadan dia tadi, fizikal sekadar calar jari- jari gitu je [kan aku da suruh korang pakai glove :-)]
Just nampak teruk dengan wayar berselirat dan oksigen mask je. Tapi dalaman die, tulang bahu dan tulang rusuk patah dan terkena pada paru- paru. Bakal menjalani pembedahan. tadi pon nampak lemah dan tak bercakap, sekadar usha je kami yang turun melawat selepas dapat berita. Ye lah, nak cakap pon, japgi penat pulak. Dalam tu da teruk dah tu kena. Sama- sama kita mendoakan beliau agar cepat sembuh dan selamat. Ambil lah iktibar dari kejadian nih.

Peace!! haha. Get Well Soon

Benda nak jadi ni, sekejap sangat dan kita tak perasan pon bila. Itu la dinamakan malang tidak berbau. Dia pon tadi berlaku time balik kerja and dah dekat dah dengan rumah.

Sentiasa la beringat, sentiasa anggap pemandu lain tak nampak kita, so jangan la dok cucuk angin atau pon duduk rapat sangat dengan diorang. Hindarkan dari berada di blind spot lori ataupon bas. Korang pon tahu kan diorang punya angin macam mana, boleh berdangdut sekali dorang potong.


gambar kemalangan maut Ninja 250 diambil dari:  http://duniaitu.blogspot.com/

Yang kes Ninja 250 jatuh dan langgar lari oleh lori kat highway DUKE (tak silap) baru ni pon, kawan aku sebelum tu tengah follow brader tu (dah arwah, Al Fatihah), then tiba-tiba dia pecut dan tinggal kawan aku. Sekali kawan aku sampai, beliau dah arwah dengan otak bersepai atas jalan. Haaa,, sekejap sangat. Baru je tadi tengok sihat.
Ambil lah iktibar. Aku pon kena sentiasa beringat. Hidup masih panjang perjalanan. Bekal masih tak cukup. Jangan mudah lupa diri. Time kita lupa dan seronok tak ingt la yang mudah jadiknye.


We are Riders, Anda Mampu Mengubahnya.

Sunday, January 15, 2012

Isu AP

Apa khabar anda semua?
Foinee~ korang tau tak apa ini AP?
yeaa.. bukan Associated Press yang korang tengok dalam surat khabar macam Reuters dan semupamanya tu.. Bukan bukan.
AP kat entri aku ni ialah Approved Permit atau Permit Import. Di mana setiap kenderaan yang diimport masuk ke negara kita tercinta ni memerlukan AP. Pernah menjadi isu kejap apabila Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kang cadangkan supaya kita hapuskan je AP nih sbb benda ni cuma menguntungkan sesetengah bisnesman sahaja. Masa tu, Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Mahathir kita (speakingg + fakta sikit.. haha) tengah membincangkan isu ni.

Tapi mana mau,, benda ni bagi untung cukai kat kerajaan banyak. Itu pasal la harga superbike, kereta import kat Malaysia ni mahal. Kawan aku sndiri cakap time abang dia nak beli BMW (3series kot tak silap) salesman tu sndiri cakap kalau dkira balik, patut dah boleh beli Ferrari dengan harga tu kalau kat luar negara.  AP ni pulak dikhabarkan syarikat- syarikat tertentu yang ada hubungan politik yang kuat je senang dapat.
*no offense, aku bukan nak berpolitik kat sini, but this thing make sense.
Kawasaki ER6n 2012. Baru tengok semalam kat kedai. RM37k otr terus kalau tak salah tengok. Baru lagi kann, mesti mahal. Tapi yang pasti salesman dia cakap muka dalam RM10k


Dikhabarkan, boon siew Honda ni senang dapat AP, tapi tak reti pakai dan tak bawak masuk bnyak motor. Honda dan BMW yang senang dapat AP. Tapi Yamaha dan Kawasaki yang ramai peminat kat Malaysia ni susah dapat.

Sampai bila orang nak kekal dgn EX5. Rider-rider tak tahan la nak jalan jauh2 naek EX5. Nak pakai mtor besar terus, tak mampu sbb mahal. So, motor yang harga boleh tahan dan sedap macam Yamaha LC135 jadik pilihan rider2 berstatus pelajar dan muda2 untuk balik kampung. RXZ jadik motor pujaan sepanjang zaman. Aim paling kuat, RXZ padahal keinginan mesti la lagi tinggi.

Yamaha XJ6 = RM 4X,XXX

Tapi, without AP ni, motor2 250-400cc, boleh je masuk negara ni dan main harga area lebih kurang 15k-20k(anggaran kasar). Tapi tak nak. Padahal, sah sah akan jual macam goreng pisang panas punya. Rider2 baru nak naek, Rider2 yang xnak naek sgt (ala kadar), mmg akan pakai punya. Dah memang motor cc macam tu patut harga macam tu, tapi sebab cukai AP pe suma, harga melambung lambung. Mana tahan. Peminat motor besar yang kurang mampu ni, mmg konfem boleh telan air liur la, tak pon sewa sbb mahal sangat walaupon memang sungguh-sungguh nak beli.

Tengok lah, sekali Kawasaki keluarkan  model-model area 600cc tapi harga RM30k-40k. Memang macam pisang panas. Tak caya, tunggu tepi highway hujung minggu, memang banyak sangat sekarang model- model Versys, ER6n dan ER6f. (same je pon n dan f, fairing je pon, saje nak asing bagi nmpak bnyak :-p) Tapi itu la, murah sebab pasang kat Malaysia. Cukai sebagai komponen motor masuk ke sini, baru pasang siap, bukan motor gedebak sebijik! Kalau motor gedebak sebijik mmg harga macam R6 dan CBR 600 lah, around RM60k, 70k.



Tapi sementara nak dapat pakai umur dah 30 lebih, mana mariiii dah feel tu. Rasa nak naek cub dengan serban gi surau la pulak. Heh. Mugkin tak jugak bagi rider sejati macam korang. Tapi xlarat dah la kot. Parkinson lagi :-p No offense about this entri, sekadar menyuarakan pendapat dan tidak seronok tentang perkara ini. Cmon lah, Malaysia ni ramai yang ingin jadik rider tapi tidak mampu.

Kawasaki Versys. Aku tak minat sangat. He

Hand Signals

Assalamualaikum! hehe.. kat sini terdapat beberapa simbol yang perlu korang ambik tau. Sebab ianya biasa digunakan dalam konvoi. Igt la serba sikit, supaya takde la jadi ragu2 pening2 lalat. Sebab orang belakang anda tak tau apa berlaku kat depan. Anda salah, belakang pon turut la.. haha. Kerjasama tu penting bro! Macam maen 'talipon rosak' jugak la. kan?? 

GROUP RIDING HAND SIGNALS

Motorcycle hand signals are important for all riders to know and understand but especially when riding in a group. (When riding in a group the signals should be relayed back through the group.)


START ENGINES

With your right or left arm extended, move your index finger in a circular motion.


LEFT TURN

Raise your left arm horizontal with your elbow fully extended.


RIGHT TURN

Raise your left arm horizontal with your elbow bent 90 degrees vertically.


HAZARD LEFT

Extend your left arm at a 45 degree angle and point towards the hazard. 


HAZARD RIGHT A

Extend your right arm at a 45 degree angle and point towards the hazard.


HAZARD RIGHT B

Extend your left arm upward at a 45 degree angle with your elbow bent to 90 degrees and point towards the hazard over your helmet.


SPEED UP

Raise your left arm up and down with your index finger extended upward. This indicates the leader wants to speed up.


SLOW DOWN

Extend your left arm at a 45 degree angle and move your hand up and down.


STOP

Extend your left arm at a 45 degree angle with the palm of your hand facing rearward.


SINGLE FILE

Position your left hand over your helmet with your fingers extended upward. This indicates the leader wants the group in a single file formation. Usually this is done for safety reasons.


STAGGERED or SIDE-BY-SIDE FORMATION

Extend your left arm upward at a 45 degree angle with your index and pinkie finger extended. This indicate that it is safe to return to staggered formation.


TIGHTEN UP

Raise your left arm and repeatedly move up and down in a pulling motion. This indicates the leader wants the group to close ranks.


TICKED OFF
Extend your left arm straight out with your elbow bent 90 degrees. Carefully extend your middle finger to clearly demonstrate your dissatisfaction with the other guy. NOTE: It is not recommended you do this when you are alone.

 p/s : simbol last ni cuma marshall, lead atau sweeper je yang boleh buat. hehe 


Harap korang ingat simbol-simbol ringkas nih. Ade lagi.. aku pon xbrape tau lagi. Hehe. Yang penting alert signal dari orang depan dan aleert pada orang belakang. Ride Safely kawan! Rider for life!

Nuffnag