Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Wednesday, December 26, 2012

Perdana Menteri merasmikan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM

Poster majlis perasmian


Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan Majlis Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM di Padang Awam BK5, Bandar Kinrara Selangor.

Abang Jib sedang merasmikan


Unit tersebut akan menggunakan motosikal jenis Kawasaki Ninja 250R 2013 yang telah diubahsuai dan diberi nama Kawasaki Ninja 250 (STD)X  . Motosikal ini bakal menggantikan Modenas Kriss 120 yang digunakan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).Dalam majlis tersebut, sebanyak 1000 buah motosikal tersebut diserahkan kepada pihak PDRM. Malah, Perdana Menteri juga menyatakan pihak kerajaan bersedia menambah bilangan URB sekiranya ia didapati berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah negara.

Bye bye Baby~



Buat masa sekarang, URB akan beroperasi di negeri- negeri di bawah NKRA seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Bernama menyatakan URB akan melakukan rondaan 24jam sehari di kawasan kawasan perumahan, dan lokasi- lokasi sibuk dalam 3 syif.




Pengunaan Kawasaki Ninja 250R 2013 ni amat sesuai kerana mempunyai kelajuan dan cukup lincah dalam usaha mengurangkan jenayah jalanan. Seramai 1000 orang akan ditugaskan mengikut 6kontinjen dengan kekuatan 950 orang anggota dan diketuai 50 orang pegawai.

Macam biasa, belanja gambar sikit :-) 







*kebanyakan gambar diambil dari laman Facebook PDRM

















Goodluck lads. Sebagai pendapat peribadi aku, pengunaan Kawasaki Ninja 250R ini amat bagus sebab polis tak perlu lah nak keluarkan Kuda Putih CBX750, VFR1200 segala bagai sebab nak hambat motor- motor kapcai rempit nih. InsyaAllah, ninin250 ni pon da mencukupi nak cucuk angin diorang.


 Sumber: Bernama, laman Facebook PDRM, dan Berita Harian





nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

No comments:

Nuffnag