Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Wednesday, December 26, 2012

ABS (Anti-Lock Braking System)

Mercedes Benz test ABS pada tahun 1978



Setelah menghadapi krisis dalam entri aku pada baru- baru ini,di mana aku telah dikiritik setelah mengeluarkan fakta yang betul, kemudian 'diperbetulkan' oleh seorang hamba Allah kemudian terpaksa diperbetulkan balik sebab lagi ramai yang bersuara. Hahaa. Pening kan? Nak tau kisah betul dia sila baca ruangan komen dari atas dekat entri Kawasaki Ninja 250R 2013. Begitu lah cerita dia. Hahaa

Kini, semua motosikal BMW akan dilengkapi sistem ABS

Maka, aku nekad untuk membuat sedikit research dan study tentang perkara ini. ABS (Anti-Lock Braking System). Kebanyakan pemilik mengetahui ada terdapat sistem ABS pada kenderaan mereka, tetapi tidak begitu memahami dan mengetahui bagaimana sistem itu berfungsi.

Tahukah Anda?
Salah satu nak kenal brek ABS pada motosikal ialah:- rujuk gambar bawah

Nampak tak, ada lubang lubang dekat disc brake tu? haaa.. itu lah lubang untuk ABS sistem
Tak cukup jelas lagi?



ABS sebenarnya ialah satu kelengkapan keselamatan yang berfungsi mengawal kegelinciran tayar ketika membrek. Sistem kawalan ini bertujuan mengelakkan kenderaan tersebut terbabas, tergelincir lebih jauh selain menahan tayar dari terkunci ketika brek ditekan kuat akibat kecemasan.

Kebiasaannya, kenderaan yang mempunyai sistem ABS turut dilengkapi dengan ciri pengesan yang terletak pada tayar. Ia berfungsi untuk mengesan sebarang kerosakan, atau kegagalan berfungsi dan memberikan amaran kepada pemandu atau penunggang dengan menyalakan lampu amaran pada panel meter.

Apa pun, aku nasihatkan korang sentiasa menghantar kenderaan anda ke pusat servis dan pelajari sedikit sebanyak perkara- perkara mudah penyelenggaraan yang boleh korang lakukan sendiri atau berguna di waktu kecemasan. Apa pun, safe ride. Itu perkara paling penting. Sekian

Sumber: 1klassifieds Berita Harian

ABS ini lebih senang diterangkan menggunakan foto, so aku belanjalah beberapa imej untuk tatapan dan pemahaman korang semua







BMW!!!

Nauzubillahiminzaalik!

Situasi berbeza dengan ABS

Komponen komponen sistem ABS



Aku snap dari sebuah Perodua Alza dekat rumah kawan aku

Gambar rajah ABS kereta

Simple diagram to explain

Gambar Rajah ABS motor


nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

No comments:

Nuffnag