Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Wednesday, December 26, 2012

Kawasaki Ninja 250 (STD)X milik Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM

Gambar ni aku dapat dari MotoMalaya


Baru- baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Majlis Perasmian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Selangor. Unit tersebut menggunakan Kawasaki Ninja 250R 2013 yang diubahsuai dan dinamakan sebagai Kawasaki Ninja 250 (STD)X.

Sticker dia cantik. Modern and Retro gitu


Motosikal tersebut  telah diubahsuai dengan pelbagai peralatan yang sesuai bagi melaksanakan tugas- tugas unit tersebut.Antaranya ialah frame slider, lampu biru, siren, box kotak saman (wuwuwuuu)... Unit URB ini buat masa sekarang, kerajaan telah membekalkan 1000 buah Kawasaki Ninja 250 (STD)X dan kekuatan unit ini ialah seramai 1000orang dalam 6 kontinjen, disertai 50orang pegawai dan 95-orang anggota.

URB ini akan beroperasi di beberapa negeri sahaja sebelum diperluaskan sekiranya didapati berhasil untuk menangani kadar jenayah negara. Antara negeri yang terlibat ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Perak dan Kedah.

Aku syak ini gambar time tengah training ni


Mereka akan menjalankan rondaan 24jam dalam 3 syif di kawasan- kawasan perindustrian, kawasan perumahan, kawasan perniagaan dan kawasan rekreasi.

Nampak gaya aku kena upgrade cc lagi cepat nih. Ini mesti rajin nak tangkap rider motor kecil- kecilan macam aku nih. Huhuuu :-P


sumber: MotoMalaya, Berita Harian, laman Facebook PDRM


Cantik bergaya~



nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

No comments:

Nuffnag