Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Monday, September 30, 2013

Honda RCV4 V4 motoGP Untuk Kegunaan Jalan Raya Pada 2014

This is madness! Assalamualaikum.

Tahukah anda, apa itu model Honda RCV? Honda RCV ialah siri model motosikal yang digunakan oleh pasukan Honda dalam siri kejohanan perlumbaan motosikal motoGP.

Kini model tersebut, terutama yang terbaru Honda RCV4 V4 bakal dikeluarkan untuk kegunaan jalan raya menjelang tahun 2014. Masih lagi menggunakan format enjin V4 dan bersesaran 1000cc seperti dalam perlumbaan MotoGP, ianya pasti menggiurkan dan mengerikan.

Kuasa dan kawalan yang dijanjikan oleh motosikal ini semestinya sesuatu yang luar biasa. Namun, barang baik harga mesti baik. MotoGP punya kualiti harga pun mesti piii punya. Selain itu, kemahiran juga semestinya diperlukan. Anda mampu menunggang seperti Marquez?

Sumber: DC Bikers Accessories E-Catalogue FB
Sumber foto: http://blogs.motorcyclistonline.com/honda-motogp-racer-replica-30617.html#ixzz2DTHin3Pz

Kawasaki Z250 hadir di Malaysia dengan harga RM21,000+

Assalamualaikum.

Kawasaki Z250 2013 atau lebih kepada naked version of Kawasaki Ninja 250R 2013 mahupun adik beradik atau saudara terdekat beliau kini telah hadir di Malaysia dikhabarkan dengan harga RM21000+. Satu harga yang boleh dikira munasabah bagi sebuah motosikal bersesaran 250cc. Well, it is Malaysia. (no political biased)

Perbezaan model ini dengan Kawasaki Ninja 250R 2013 ialah model ini tidak dilengkapi fairing sekaligus membolehkan headlamp untuk bergerak mengikut arah hendal. Ini agak style la, bagi rider kapcai yg baru upgrade sebab layan corner dengan fairing merupakan perasaan berbeza dengan naked. Lagi ngeri kalau fairing sebab nampak motor macam straight ke depan je. Aku jadi teragak2 kalau motor fairing. Lulz. Sapa gelak aku tepuk dahi. Rilek la, pelan pelan kayuh.

Headlamp Kawasaki Z250 ini juga lebih menyerupai Kawasaki Z800 yang dilancarkan pada baru-baru ini menyebabkan model ini turut digelar 'Baby Z' dikalangan riders.


2013 Kawasaki Z250 Malaysia Technical Specification / spesifikasi teknikal:

Type of engine: 4 stroke, water cooled, twin parallel
Displacement: 249 cc
Bore x measures: 62.0 x 41.2 mm
Compression ratio: 11.3:1
Valve system: DOHC, 8 valve
Fuel Supply: Fuel injection system with dual throttle valves
Ignition: Digital
Starter system: electric
Transmission: 6-speed, return shift
Maximum power: 23.5 kW (32 PS) / 11 000 rpm
Maximum torque: 21.0 Nm / 10,000 rpm


Casis juga diperbuat berbentuk diamond bagi menambah kekuatan rangka motosikal ini. Disamping itu, tapak enjin diperbuat daripada getah turut digunakan bagi mengurangkan gegaran dah meningkatkan mutu tunggangan.

Nuffnag