Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Monday, January 07, 2013

Nombor Casis dan Nombor Enjin; Identiti Kenderaan Anda




Lokasi nombor casis pada kereta
Assalamualaikum,

Nombor casis (nombor badan kenderaan) dan nombor  enjin merupakan kad pengenalan kenderaan anda. Ianya berbeza dan telah diperuntukkan kepada setiap kenderaan leh pengilang kenderaan. Kedua- duanya sangat penting kerana kenderaan yang mempunyai nombor casis yang terang, boleh dibaca, dan tidak terusik sahaja boleh didaftarkan oleh pihak Japatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Oleh itu, sekiranya didapati nombor tersebut telah diusik, diubah makan tindakan undang- undang boleh diambil. Nombor casis dan nombor enjin terdiri daripada kombinasi angka, huruf, atau kedua- duanya yang dicop mengikut ukuran dan bentuk di lokasi yang ditentukan pada kenderaan. Kebiasaannya, nombor casis kereta dicop pada bahagian atas panel di bahagian bonet, motor pula pada rangka motor di bawah tempat duduk. Manakala nombor enjin pula dicop pada blok silinder enjin.

Contoh nombor casis, tapi ni hok omputih punya

Nombor enjin dan nombor casis sesuatu kenderaan diaggap telah diganggu dan diusik apabila didapati:
- Diguris
- Dikikir
- Diketuk semula
- Diketuk Bertindih
- Diperbaiki akibat karat atau reput tanpa kebenaran
- Diperbaiki akibat kerosakan atau kemalangan tanpa kebenaran
- Dikimpal/ Disambung
- Pudar/ Tidak jelas

Nombor casis dan nombor kenderaan adalah penting. Bagaimana untuk memastikan nombor tersebut adalah asli dan tulen? Pastikan nombor tersebut adalah sama dengan tercatat pada kad pendaftaran kenderaan dan kedua- dua nombor tersebut tidak terusk. Pastikan nombor tersebut tidak diusik apabila membaikpulih kenderaan. Pastikan anda mendapat kebenaran pihak berkuasa dahulu sebelum mebuat sebarang pindaan, pembaikan ke atas nombor tersebut.

Contoh nombor casis kenderaan dia ukir dekat bawah tu


Sebagai pemilik, anda harus menyedari kepentingan nombor tersebut.Ianya penting ibarat kad pengenalan yang mengesahkan identiti sesorang inidividu. Paling penting sekali, anda WAJIB memeriksa keaslian dan ketulenan nombor tersebut apabila ingin membeli kenderaan terpakai. Hal ini demikian kerana, kenderaan curi kebanyakannya, enggunakan nombor enjin dan nombor casis palsu atau telah diusik.

Sila rujuk kembali kepada PUSPAKOM sekiranya anda mencurigai nombor casis dan nombor enjin kenderaan anda bagi memastikan identiti kenderaan tersebut.

Sumber: 1Klassified Berita Harian


Sila periksa kenderaan anda
Contoh nombor enjin pada motosikal

Contoh nombor casis pada rangka motosikal

Pesanan: Jangan beli kenderaan curi, jangan mencuri. Orang lain kerja setengah mati nak beli kereta, motor, berhutang bertahun- tahun. Suka hati mau rembat. Na'uzubillah

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

No comments:

Nuffnag