Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Sunday, January 29, 2012

Gred Minyak Hitam

Assalamualaikum! haha.. lama dah tak mengepost entri baru dalam blog nih
sebab raya cina cuti balik kampung and busy sikit minggu nih. hee
Aku rasa entri kali nih aku nak membincangkan tentang minyak hitam.
Soalan pertama! apakah warna minyak hitam?
Haha.. ramai kantoi soklan ni (newbie terutamanya) :-p

Actually aku nak membincangkan tentang gred minyak hitam sebab ramai yang tak tahu nak baca gred minyak hitam ni bagi membantu korang memilih gred hitam yang sesuai bagi kuda kesayangan korang. heheee~

Pengenalan Minyak Pelincir
Enjin ni jantung kepada kenderaan. Komponen enjin pula majoriti diperbuat daripada mekanisme keluli yang bergeser dan bergerak setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan mekanisme ni akan menghasilkan haba dan geseran apabila bergerak dan mengakibatkan kehausan. Jadi, minyak hitam berfungsi untuk meminimumkan masalah ini. Minyak pelincir tu minyak hitam lah. Jgn dok wat konpius pulak. heh


selain daripada tu, minyak pelincir ni berfungsi untuk mengawal dan menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil dan besar mungkin (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksima mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.

Mengenali API dan SAE
'API' ni singkatan untuk 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika) bukannya API yang menyanyi lagu Pelita tuh mahupon Angkatan Pemuda Insaf. Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengetahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia. 



Gambar Hiasan. People loves pic! thats why :-p
Gred Minyak Pelincir
Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik


Gred SAE
gred yg menunjukan kelikatan sesuatu EO
SAE 0W
SAE 5W
SAE 10W
SAE 15W
SAE 20W
SAE 25W
SAE 20
SAE 30
SAE 40
SAE 50
SAE 60
 

Pengkelasan API

Kelas yg menujukan identiti EO
SA
SB
SC
SD
SE
SF
SG
SH
SJ
SL  



Yamalube ... tried once. teeettt!! thumbs down. No offense. Enjin kasar dan berat


nota kaki (walaupon pada skrin) :
Apa-apa E.O cth 10/40, 15/40 janji no belakang sama =40.
klu refer kt carta yg pomen tunjuk kat aku, 10/40 hanya boleh bertahan pada suhu enjin sehingga 50++ darjah Celsius. 40 tahan suhu 50-60, 50 tahan suhu 60-70
So, jika masih dalam jarak suhu ini 50-60, E.O akan menjalankan tugas nya iaitu pusing2 kat semua bahagian terutama di Shim atau valve dan akan turun ke enjin kembali n berulang-ulang, masa proses ni E.O akan melekat kt semua bahagian enjin kite. So wlpn 4 stroke, penting gak utk rehatkan enjin krn kite 150cc - 250cc adalah enjin yg dikira enjin standard ye kwn-kwn.
Tetapi, bila kite ride terlalu lama, bila suhu enjin naik tinggi n kite bawak jugak, maka semua molekul2 ini akan (meregang) dan terus turun ke enjin, jumlah yg melekat pn akan berkurang menyebabkan lebih pergeseran. Tu yg tepet cepat bunyi, shim atau valve ye.
So sbb tu amat penting memilih E.O ni mengikut keperluan, samada pekat (performance drop ckit) , cair ( perfomance up tp x tahan lama E.O ni). Dan itulah gunanye bahan2 additive pd kebykkn jenis E.O yg ada sekarang ni, cth ester, technosynt la etc......
Kesimpulan skang ni, pilih la E.O ikut keperluan ride sendiri jgn suka ati. Sekian

Sayangi motor anda! Peace!!! 
 


Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!

7 comments:

Ismailmazlan94 said...

thanx.info.penting nie.mohon copy

budak terpaksa said...

dipersilakan. :-)

Anonymous said...

guna motul 5100 or 3100...kira oklah tu kan...enjin jadi smooth ja....jika guna minyak petornas or shell kasar bunyi enjin...

...sendiri boleh test kalau x caya....

SZ Green Enterprise said...

Salam semua.Boleh cuba gunakan minyak enjin kami yang boleh digunakan utk 10,000 KM dan juga menjimatkan minyak.Hubungi 014-9321152 (zairi) atau layari http://besteolie.wordpress.com/utama untuk maklumat lanjut

Unknown said...

nak tanya ye. adakah minyak hitam cair punca enjin kereta terbatuk2 ketika kita menekan minyak lebih untuk satu perjalanan yg jauh. dan tiba2 enjin mati dlm perjalan

Unknown said...

atau ada masalah dgn fuel filter. suami saya tukar sendiri minyak hitam dan fuel filter sepanjang perjalan dalam jarak 230 km terbatuk2 enjin kereta saya tapi alhamdulillah sampai juga ke destinasi yg hendak dituju. tapi esoknya dalam perjalanan balik semasa race minyak laju sikit enjin terbatuk2 dan terus mati tengah jalan. boleh tahu punca nya tak?

Unknown said...

nak tanya ye. adakah minyak hitam cair punca enjin kereta terbatuk2 ketika kita menekan minyak lebih untuk satu perjalanan yg jauh. dan tiba2 enjin mati dlm perjalan

Nuffnag