Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Monday, January 30, 2012

Oil Filter

Kalau sebelum ni aku membicarakan entang minyak hitam ataupon minyak pelincir. Kali ini, aku nak membicarakan tentang oif filter pulak. Ye lahh.. pasangan baik kepada minyak pelincir. Selalu tukar minyak hitam kita akan tukar sekali oil filter jugak.

K&N Oil Filter sekadar gambar hiasan


Asalnye, aku pikir, oil filter ni bukan apapun. Untuk tapis minyak je. Tapi minyak tu, barang bersih dalam botol lagi. Ape yang nak kotor habuk ke, berpasir ke. Pakai yang local pun cukup lah kan. Tapi itu dulu, zaman jahiliah aku dulu. Tapi sekarang baru aku tahu yang oil filter ni penting jugak peranan dia untuk menjaga keamanan enjin kita nih. heeee

Tapi untuk oil filter nih, aku mungkin lebih kepada informasi berkaitan Yamaha LC135 dan FZ150i lah. Sebab motor efjek aku dan laici pakai oil filter yang sama saiz. So, abam2 big bikers jangan la marah aku. Aku kan budak baru belajar lagi... Heee...

Luaran nampak same je en. haha. dalaman yang penting!


Okeh, antara kepentingan menggunakan alat ganti tulen Yamaha ini,
1. membolehkan kecekapan penapisan yang tinggi - 80% seminit kepada semua bahagian enjin yang bergerak.

2. cukup tahan untuk menampung rintangan suhu tinggi (sehingga 150 darjah sentigrad)  dalam komponen enjin dan mengekalkan kecekapan suatu tahap penapisan.

3. mengekalkan tahap kadar aliran (3.5 liter / seminit ) dan mengekalkan tekanan yang optima (kehilangan tekanan rendah - 10Kpa/minit) bagi membolehkan minyak yang bersih sampai ke semua bahagian enjin.

Haaaa... sikit je kan. tapi penting meh. Kalo tak, macam mana nak mengekalkan prestasi minyak pelincir yang kita pakai kalo filter nya pon tersedak. tak boleh la nak unleash power sebenar motor.


  Bukan beza banyak pon harga yang ori dan local. Tapi, INGAT!! banyak kedai yang bagi price filter original tapi pasang kat korang filter local. Kena la berhati- hati supaya tidak tertipu. Meber2 aku ramai jugak kena. Elakkan anda juga dari menjadi mangsa.

Sayangi motor, pakai barang berkualiti. Nak lenjan tarak ingat pon selamat sikit :-D

Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!

No comments:

Nuffnag