Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Monday, January 16, 2012

Malang tak Berbau

Assalamualaikum.
Berhati- hati lah di jalan raya wahai sahabat rider ku.
Tiba- tiba kan?? Sbnrye aku baru lpas melawat kawan aku kat hospital tadi
Baru accident awal pagi tadi.

Dia berlanggar dengan lori yang U-turn mengejut tanpa bagi signal. Kalau tengok keaadan dia tadi, fizikal sekadar calar jari- jari gitu je [kan aku da suruh korang pakai glove :-)]
Just nampak teruk dengan wayar berselirat dan oksigen mask je. Tapi dalaman die, tulang bahu dan tulang rusuk patah dan terkena pada paru- paru. Bakal menjalani pembedahan. tadi pon nampak lemah dan tak bercakap, sekadar usha je kami yang turun melawat selepas dapat berita. Ye lah, nak cakap pon, japgi penat pulak. Dalam tu da teruk dah tu kena. Sama- sama kita mendoakan beliau agar cepat sembuh dan selamat. Ambil lah iktibar dari kejadian nih.

Peace!! haha. Get Well Soon

Benda nak jadi ni, sekejap sangat dan kita tak perasan pon bila. Itu la dinamakan malang tidak berbau. Dia pon tadi berlaku time balik kerja and dah dekat dah dengan rumah.

Sentiasa la beringat, sentiasa anggap pemandu lain tak nampak kita, so jangan la dok cucuk angin atau pon duduk rapat sangat dengan diorang. Hindarkan dari berada di blind spot lori ataupon bas. Korang pon tahu kan diorang punya angin macam mana, boleh berdangdut sekali dorang potong.


gambar kemalangan maut Ninja 250 diambil dari:  http://duniaitu.blogspot.com/

Yang kes Ninja 250 jatuh dan langgar lari oleh lori kat highway DUKE (tak silap) baru ni pon, kawan aku sebelum tu tengah follow brader tu (dah arwah, Al Fatihah), then tiba-tiba dia pecut dan tinggal kawan aku. Sekali kawan aku sampai, beliau dah arwah dengan otak bersepai atas jalan. Haaa,, sekejap sangat. Baru je tadi tengok sihat.
Ambil lah iktibar. Aku pon kena sentiasa beringat. Hidup masih panjang perjalanan. Bekal masih tak cukup. Jangan mudah lupa diri. Time kita lupa dan seronok tak ingt la yang mudah jadiknye.


We are Riders, Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Nuffnag