Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Friday, January 20, 2012

FARK lori !!!!!


Huh!! tekanan nih! tekanan nih!! huaarrgghhH!!

Da la hari ni otw balik kampung cuti raya cina banyak gila roadblock JPJ + speedtrap + polis trafik berkhemah dengan kuda putih tepi jalan.
Memang serabut tak boleh laju. Haha. Budak2 motor tak berapa nak sah pon, dok senyap la kat umah, tgok berita je la sambil makan biskut. 
Semalam lagi aku dapat info yang malam ni,  meriah betul. merata- rata
  • Perlis, JPJ serta segala jabatan operasi besar- besaran.
  • Selatan Kedah, 3 roadblock JPJ,
  • Batu 3 Shah Alam, LDP, semua ada JPJ, JAS, KDN, semua nak mengamuk.
  • Kat kampung halaman aku nih pon, JPJ punya roadblock smpai jem dekat 1kilo.
Haishh.. Kemain deme... serabut btol :-p

_______________________________________________________
Tapi, sebenarnya, atas nih tak ada kena mengena dengan tajuk pon.
Tajuk aku ialah FARRRKKK LORI!!!!! FARKK!!!
memang aku tak puas ati betol, lori2 kecik nih.
Treler setakat nih, takde buat palat dengan aku lagii,
kalo ade, mungkin aku xdan la nak buat entri tu kat sini,
kubur la jawabnye.. nauzubillah.... huuuu

Tergerak hati nak tulis entri ni, sebenarnya sebab,
kebelakangan ni ramai sangat rider yang kemalangan dengan lori nih,
Tambah- tambah lagi dua tiga orang yang aku kenal.
Dah la bukan salah si penunggang tuh, 
Dan perkara ini memuncak pada petang tadi,
bila aku yang hampir menjadi mangsa ke'baghal'an lori kecik nih.
Mintak simpang laa wei... tak sanggup mati macam ni
Kisahnya begini........................ 
Pada suatu hari,
Jalan tu dua lane setiap arah. dan arah bertentangan dibahagikan dengan divider tembok batu tuh,
Jalan straight, elok, dan trafik yang terkawal. Aku tengah la memecut santai,
kat depan aku tengok ada lori sedang follow keta kat lorong kiri. Aku memang da lorong kanan memang cruise steady la dalam 120km/j kot. 

Jalan memang clear melainkan kami tiga ketul kenderaan je, semakin aku menghampiri, otak aku terdetik, kalau lori ni masuk lane aku macam mana?Tak dan otak aku nak bagi jawapan, 

BRAKKK!!! 

dia terus makan jalan aku, aku nak brek mmg tak sempat dah ni, dia tutup abes lorong aku, aku terpaksa rapat ke kanan lagi, dan lagi,  dan mencelah antara dia dengan tembok batu tu. Memang betul2 rapat sangat. Da macam meniti atas titi time test JPJ tuh... Tapi kiri aku lori, kanan aku tembok.
Time tu, otak aku dok kalut tengok risau kot2 ada lubang tepi2 tu, nak jatuh terjun belah mana niii (takkan la terjun kat tayar lori kot) , jangan laaa motor aku hancur, fokus nak balance, sbb salah balance sikit ja, memang mengundang kecederaan mandatori, sampai betul2 tepi dia, baru aku dan picit hon,

PIIINNN!!!!! 

dan terus aku melepasi dia, pastu drebar dia usha aku buat muka "amazed" macam mana tiba2 aku muncul depan dia sedangkan dia yang tengah best memotong kereta tadi.. Memang celaka punya pak cik drebar tu. Aku malas nak maki atau angkat jari tengah. (selalu pantang je, aku angkat.. tapi time tu memang nyaris sangat kot, teringan tuhan sekali) Aku cuma angkat jari telunjuk dan buat isyarat konon, "aiiiii.. budak niiii"

Then aku terus sambung perjalanan. Apa aku nak buat lagi dah. Lepas tuh jadik sopan la jap, then dok terpikir jgak tadi, kalo la jatuh, pastu.. huihh!! stop pikir, fokus balik. heeeee.

Tapi siyes, korang ingat2 la dengan lori- lori kecil nih. Aku dapati lori kecik nih fobia sementara aku yang terbaru dan ancaman yang merbahaya kepada kita warga riders. Sebab trailer nih, dia jarang buat palat. Dia senyap straight depan ja.. Kadang2 ja, kita kemalangan dan dia berada di tempat kejadian untuk bagi finishing sadis. Tapi yang kisah lori kecik nih, diorang yang punca. 

Bila jumpa lori nih, expect the unexpected, stay sejauh mungkin dengan dia. Da la blindspot besar, pastu dok bajet kete punya style driving. Phui!!!!

Beringat lah sebelum kena, dah kena karang, memang tak best dah.
*motor pon tak sedap dah. Nak jual pon orang tak berapa nak dah.
Yang paling penting, kot parah ka luka tu, tak boleh nak ride dah ke, sedihh mehh...
Nyawa tu penting. Amalan pon tak cukup2 lagi. hehh

Memang naya kalau kena macam ni.. belum kena gilis kereta belakang lagi. weyhhh!!
Hargai nyawa anda :-)
FARKKK LORIII FARKKK!!!!!! FARK!!!!

1 comment:

Anonymous said...

betul tu...driver lori ni ada yg saja kenakan kita...ada yg tak sengaja...apapun kita kena hati2....

Nuffnag