Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Thursday, August 09, 2012

Melawat Sahabat Yang Down

Assalamualaikum! Siyes lama gila aku tak post.
Lama kot menghilang... Mana tak nya,,, cuti sem bukan ada mood nak mengadap lappy lama2 ni. Pastu sekarang dok umah sewa mana ada internet. Dok pakai BlackBerry tu je online nyer. Tapi sekarang Alhamdulillah la,, internet da ada kat rumah, pakai streamyx. memang mudah. Boleh la nak kembali bergiat aktif balik dalam memblogging pasal cinta aku, "motor".... lolzzz

Sedang RV di stesen minyak

Tunggu orang yang lambat sebab tengok Final Badminton Olimpik

Take 5


Macam konvoi raya :-P

 Actually, last week punya TTS bagi kawan2 aku telah digantikan dengan melawat kawan aku yang down sebab dirempuh kereta. Huhuuu... Aku call tanya time mintak izin nak gi jenguk dia malam tu <- organizer besar mehh dia cakap okey je.. just nak jalan xlarat. huuu... Rupa2 siap bertopang pinggang dia masalah problem apa dah. Haishhh


Malam yang Lin Dan lawan Chong Wei tu lah. kitorang pergi. Disebabkan aku organizer dan aku set RV pukol 8.15- 8.30 di Shell, aku tak sempat menonton sampai habis perlawanan tu. Tapi kera2 ni sempat pulak layan habis. Sampai ke RV pukol 9 laa.. adoiyaii.. sirap menyirap aku. lolzzz

Alhamdulillah, dalam 15 orang join konvoi kecil- kecilan melawat sahabat tersebut. Korang mesti nak tau cmne dia down kan. Haaaaaa,,, begini ceritanya,
Petang tersebut, sejurus Asar. Dia baru lepas antar kereta katanya. Pastu, otw balik menaiki Kawasaki Ninja 250r 2008 beliau, beliau memang tak sedap hati dah. Maka beliau pakai segala fullface, glove, dan riding jaket.


Menunggu next direction
Lenguh gaya konon... hehe


Nak dijadikan cerita. Dekat satu traffic light 2lane tu. Lampu tersebut akan hijau sebelah untuk terus dan merah untuk orang korner. Beliau ni, di lorong luar nak straight, tiba2 motor depan beliau pakcik ni gi stop pulak. Dia terpaksa masuk ke lorong dalam. Tiba2, kat depan tu, Satria membuat U-turn haram time lampu merah  dan lantas block jalan beliau.

Disebabkan nak mengelak Satria tu pulak, dia nak masuk balik lorong luar tetapi tiba2 dirempuh dari belakang oleh Toyota Wish yang laju sambil mengelak pak cik yang berhenti tadi. Huuu.. Beliau telah terjatuh tetapi kaki sangkut kat footrest membuatkan dia terseret sejauh 2,3 tiang sebelum terhentak ke jalan.

Tapi Wish tadi telah berhenti dan memberi kan pertolongan sebab dia nampak dalam sidemirror bahawa si mangsa terseret atas jalan. Manakala Satria tadi pulak, hilang entah ke mana laaa lolll..
Begitulah gamaknya, tapi cerita dia, kalau korang tengok jaket riding dia, mesti korang bersyukur dia tak pakai tshirt biasa time tu. Kalau tak, nampak tulang lengan dia InsyaAllah. HuHUhuuuu

Tapi alhamdulillah la dia selamat. Dulu pakai FZ150i, eksiden angkat 250. pasni kata nak angkat R1 pulak... huhuuu... kalau betul2 jadi. memang aku jeles tahap level 34453545 lah.. huhuuu...













Sampai juga akhirnya

Parking mau sebariss

Tak reti nak turun lagi ke banggg~

Beliau adalah lelaki okey. Gaya macam lembut, tapi jiwa keras nihh

Kuda Gila aku ditengah tengah

Ninja beliau yang tersadai sementara. Tapi dah start repair dah

Bukan salah ibu mengandung, tapi salah tak pakai frame slider

Riding Jacket rabak. Kalau short sleeve kalau.... huhuuu

Yoshimura bocor... tamat riwayat sudaa

Raya awal... hahah

Kawan gua baru nak beli helmet ni dari beliau

Kalau flip up silap gaya boleh rabak jugak pipi u'olls

Safety 1st

Sama macam glove fua sekarang. Tapi glove gua tak pernah cium tar lagi... huhuhh



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih sebab baca sampai ke sini, dan Selamat mengejar lailatulqadar di malam 10 terakhir Ramadhan ini. Alhamdulillah, tiba2 view blog aku naik sebab aku buat previous entri tentang Ninja 250r 2013. Memang topi hot.. lololololll.. Bijak kan aku. Hahaaaa

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Wednesday, August 08, 2012

Kawasaki Ninja 250r 2013



 Assalamualaikum,
 
Hua hua huaaa.. Aku dapat rasakan, kehangatan terhadap Kawasaki Ninja 250r 2013 makin hari makin memuncak. Ramai kawan- kawan aku jatuh cinta, angau, dan segala bala lagi. Maka aku di sini ingin mengambil kesempatan menangguk di air keruh meraih traffic sebab aku tau perkara ini akan jadi hot topic sekaligus menaikkan view blog aku. <- haha.. ayat p_ki_ak  :-P


Ninja 250r 2013

Kawasaki Ninja 250r model 2009 okeyyyy

Tapi, bagi warga Malaysia, korang boleh terus menunggang motor ni  dalam mimpi korang. Ahaksss... Sebab? Semua orang pon tak tahu + tak pasti either makhluk ni akan dipasarkan di Malasia ke tak. Yeaa.. kta tau Ninja 250 2013 ni target market dia ialah kawasan ASEAN. Tapi nampak gaya dekat Indonesia da ada jual bahkan ada orang pakai dah. Malaysia senyap je... Kerajaan ada apa masalah dengan Kawasaki niiii :-P


Apa korang rasa tentang rupa baru Ninja 250 2013 baru ni??
Bagi aku? huduh!! aku tak suke sangat. Tetapi.... sangat lawa berbanding model sebelum ni terutama lampu depan die di mana lampu depan model 2009 adalah sangat kecik dan cacat. Hua hua huaa.. tak sesuai dengan rupa dan body dia yang agak besar... Tapi overall itu pandangan aku, dan ini blog demokrasi dan korang boleh menentang aku. :-)


Setelah aku selongkar selongkar... inilah specs Kawasaki Ninja 250r 2013 kabornye


Specs from Indonesian website




Okeh, model 2013 ni masih mengekalkan fuel injection technology, sejak model 2009 sebab model Ninja 250 terakhir menggunakan carb ialah model 2008. ramai orang suka. Termasuk aku sebab model carb ni lagi laju dan bunyi lagi ayu terutama motor kawan aku yang dipadankan dengan Yoshimura ori. Memang kasi gua stim dengar.... perghhh~

Korang pon nampak, reka bentuk kali ni lebih modern sebab dia buat lagi tajam dan ala- ala aerodinamik laaa... model baru ni jugak dilengkapi dengan ABS atau pon (ABU BAKAR SALLEH) juga dikenali dengan (Anti-Lock Braking System).



ABS (Abu Bakar Salleh) :-O

Pandangan atas :-)

Ruangan dalam seat belakang... *mana lubang kunci dia ekkk



Parallel Twin engine



Arrow slip on perhaps???? :-)

Nice "ass"

Front and "ass" view

Frame



Meter yang lebih jelas dan terperinci




So, Ninja ini amat ayu serta sesuai bagi beginner untuk berjinak dengan cc sederhana a.k.a. masih kecil sebelum proceed ke cc maut maut... Adios amigos!!

tentang ABS:   ABS Anti lock Braking System


nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Tuesday, May 22, 2012

Megelli 250R

First sekali, HAPPY 2000th +++ viewers !!! seelah 5bulan blog ni wujud. hew heww :-D
tak sangka chorr.. sebab 2bulan 1st aku wujudkan blog nih. nak dapat 1viewer seminggu pon amat payah. Huhuuu :'-) terharu atas sokongan anda. terima kasih


Megelli 250R. Motorsikal terbaru kategori 250cc yang membayangi peminat peminat motosikal disebabkan reka bentuk nya yang sangat2 mengancam. Aku tengok pon setuju kata lawa. Tapi tak nak pandang macam Honda CBR 250 sebab single silinder. Hahaa :-P

Telah mula dijual di Malaysia dan mendapat laporan telah dispot di atas jalan raya. Megelli?? Hahaa.. mesti ramai tak pernah dengar brand ni. Actually brand Megelli ini ialah brand British, parts dari Taiwan, dan dipasang di China. Dibawa ke Malaysia oleh Naza Bikes if im not mistaken. *tapi ada lagi ke syarikat lain yang uruskan import eksport motor atau kenderaan nih. Hahaa

Megelli 250R


Expected price is at RM 18,555 begitu. Wallahualam. Aku sendiri pon tak pasti. Hahaa.. dalam Mudah.my sendiri pon telah diiklankan. Anda boleh usha sendiri. Oh yea!! motosikal Benelli 250R ini juga didatangkan dalam dua version. Naked ataupon fairing. tapi serius cakap fairing die lawa baq angg... hahaa


Specs of Benelli 250R. *source: bikez.com


General information
Model:Bennche Megelli 250 r
Year:2012
Category:Sport
Rating:76.8 out of 100. Show full rating and compare with other bikes
Price as new (MSRP):US$ 3399. Prices depend on country, taxes, accessories, etc.
Engine and transmission
Displacement:249.00 ccm (15.19 cubic inches)
Engine type:Single cylinder, four-stroke
Power:25.00 HP (18.2 kW))
Compression:11.5:1
Bore x stroke:77.0 x 53.6 mm (3.0 x 2.1 inches)
Fuel system:Carburettor
Ignition:    
Cooling system:Liquid
Gearbox:6-speed
Transmission type,
final drive:
Chain
Driveline:    
Chassis, suspension, brakes and wheels
Front suspension: Telescope suspension
Rear suspension: Mono-shock Absorber
Front tyre dimensions:100/70-17
Rear tyre dimensions:130/70-17
Front brakes:Single disc
Rear brakes:Single disc
Physical measures and capacities
Dry weight:112.5 kg (248.0 pounds)
Power/weight ratio:0.2222 HP/kg
Seat height:800 mm (31.5 inches) If adjustable, lowest setting.
Overall length:1,875 mm (73.8 inches)
Ground clearance:152 mm (6.0 inches)
Wheelbase:1,349 mm (53.1 inches)
Fuel capacity:11.36 litres (3.00 gallons)
Other specifications
Starter:Electric
Electrical:12 volts 9 amp battery
Factory warranty:18 moths 
Color options:Red, black, yellow
Comments:Sold in The US. See also the brand Megelli.


















































Undertail ekzos. Damn!! cool~


ciri ciri dia yang menarik perhatian aku ialah:
-sebijik macam superbike. haha. design yang menarik.
-kecik. so power torque pickup lebih tinggi.
-design undertail ekzos yang wajib mengancam mauttt

ciri- ciri dia yang aku down :
-single silinder, bunyi sah2 tak sedap. macam cbr 250R yang bunyi ala2 FZ je.
-kecik sangat, aku ni lonjong tinggi



Naked version



Fairing version


Megelli 250R ni jugak sangat2 cun sebab gaya Itali beliau yang sangat ketara. Awww.. sapa tak minat motor version itali macam Ducati, Aprilia dan BMW nih. So garang lorr.. haha.
Horsepower nya jugak (version 2012) telah bertambah berbanding keluaran sebelum nih (version 2010).
Motor ni jugak kini menggunakan upside down fork :-)
 Posisi menunggang yang sangat ayu. Racer. Aku sangat suka.. hahah

__________Macam tak biasa, kenduri gambar! Ahah!!_____


Memang gua rasa nak menunggang tengok. Ahahahaa :-P



Lawa betul arm dan rim die. huhuu



Racing Style!





nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Nuffnag