Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Wednesday, January 09, 2013

Langkah Baru


Gua tau gua lagi hensem dari motor nih. Btw, ni carb edition okeyy

Assalamualaikum.
Tajuk kali ini nampak pelik kan? Dan bakal out of topik sementara. Tiada review tentang mana- mana kuda gila mahupon tenggiling. Aku bakal meluahkan tentang perancangan aku untuk menjadikan blog ini lebih komersial. Hee hee

 Pada asalnya, aku mewujudkan blog ini adalah untuk meluahkan pandangan aku, pengalaman dan sebagainya tentang arena permotoran yang aku gila- gilakan. Pada waktu awal penubuhan blog ni, aku tak mengharapkan sangat orang baca. Nobody knows about my blog, tidak. Bagi mereka yang mengenali diri aku ini lah. Aku rahsiakan segala- segalanya. Hahaa. Memblogging sekadar kepuasan hati, suka- suka. Awal 5 bulan, beberapa orang sahaja viewers yang aku dapat.


Bersama sahabat. Otw gi Vespa Carnival Kuala Kangsar 2012


Namun, tak lama selepas itu, viewers aku mencanak naik. Sehinggakan mampu mencapai 1000 pageviews sehari. Sehingga entri ni ditulis, average viewers aku sehari dalam 400-500 lah. Kebetulan, kawan kelas aku ni seorang subwriter di amazingnara.com , dan juga pemilik blog  dan  laboji.my . Aku tengok dia siap bekerja makan gaji lagi sebagai penulis blog dekat amazingnara tu. Walaupun tak banyak, tapi dia bukan owner kan? Owner dia mesti masuk berasap punya. Maka timbul dalam hati aku untuk cuba. tak rugi pon kan?

Oleh itu, aku dedahkan kat dia dengan perasaan segan sikit sebab ada blog. *Sebab aku rasa malu sikit macam orang dok baca tulisan aku. Tapi nasib baik aku tulis tentang motor, nampak sikit jantannya, Tapi boleh la jugak kena gelak sebab nama blog Impian Sejati. Well, memang impian aku pun, :-P meminati dan menggilai motosikal. Haha


Pergi mandi sungai.

Tetapi nama tersebut tak sesuai untuk dikomersialkan, maka sekarang aku berkira- kira untuk penjenamaan semula. Link blog okay dah, bunyi sedap je. Sedikit demi sedikit dia tolong alter aku punya blog dan beri tips.
Maka sekarang aku punya projek ialah:
1. penjenamaan semula Impian Sejati
2. buat account Twitter untuk share entri baru dan berkomunikasi
3. apply adsense (tujuan utama)
4. buat blog lebih user friendly dan senang google jumpa
5. link dengan blog- blog besar kasi tambah trafik

Motor idaman ayah aku dulu serta sahabat kamcing aku. Honda NSR 150 SP

Setakat blog bodoh- bodoh aku sekarang ini pon, nuffnang yang gila tu dah masuk Rm0.60 (lol) lepas tu adverlets yang bagi sehari RM0.001+ pon dah ada RM5.49. Kalau jadi komersial + account adsense. InsyaAllah jadi la aku nak hidup sebagai student ni kan.

Doakan aku wahai pembaca sampai bawah entri ini sekalian. Aminn.

Sekiranya ada idea untuk nama blog aku ni, penjenamaan semula. Sila please tolong share. Terima Kasih

p/s: saja tunjuk gambar- gambar ni bagi ceria sikit post ni serta bila lagi nak tunjuk gambar- gambar ni kan? hee

Boss (kerja time cuti) aku punya. Kawasaki Z1000. Adik dia pakai CBR600


Motor rakan 'ofis' (kerja time cuti) bersama motorku




Dua- dua budak 'ofis' aku pakai scrambler. Owner moto yang aku naik tu yang snap pic nih




nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

No comments:

Nuffnag