Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Sunday, February 03, 2013

Casey Stoner penasihat Projek Philip Island

Assalamualaikum


Litar Philip Island, Australia telah menjalani penambahbaikan dengan kos AUD $3billion, menurut laman web rasmi MotoGP yang disiarkan pada 12 Disember 2012 ( ssooo last year :-P ) . Proses penambahbaikan tersebut telah dijalankan dengan Casey Stoner selaku penasihat projek.


Setelah 14 tahun tanpa sebarang perubahan, Litar Philip Island sepanjang 4.445km itu telah digantikan dengan permukaan baru dalam projek yang memakan tempoh selama dua hari tersebut. Lapisan 40mm yang lama telah dibuang pada minggu sebelummya. Beberapa perkara lain turut ditambah baik seperti 'asphalt run-off zones' di Doohan Corner dan selekoh ke 4. 1.3 kilometer laluan juga akan dibuang dan digantikan. Disamping itu, sistem perparitan di sekitar litar juga ditambah baik.


Bekas Juara Dunia MotoGP sebanyak dua kali, Casey Stoner dilantik sebagai pensihat adalah sebagai satu usaha untuk mengekalkan keunikan litar tersebut. Beliau akan mencadangkan permukaan dan bonggol mana yang perlu dibuang atau dikekalkan sebelum kerja- kerja bermula. Bekas pelumba Australia yang telah bersara dari Kejohanan MotoGP itu telah mendominasi litar tersebut selama 6tahun, iaitu di halaman beliau sendiri. Selekoh kegemaran beliau, selekoh 3 telah dinamakan sempena beliau untuk menghargai pencapaian beliau di litar tersebut.







sumber : MotoGP official website


nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

No comments:

Nuffnag