Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Monday, July 08, 2013

ETIKA DAN PANDUAN BERKONVOI

ETIKA DAN PANDUAN BERKONVOI 

PENDAHULUAN
Aktiviti menunggang secara berkumpulan/berkonvoi mampu memberikan kepuasan dan sememangnya menyeronokkan, sekiranya dijalankan secara beretika dan tidak menimbulkan kontrovesi ataupun bahaya kepada diri sendiri, anggota konvoi yang lain dan orang yang ada dipersekitaran konvoi tersebut. Penunggang yang baru dan tidak biasa menunggang secara berkumpulan boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya, kumpulannya malahan kepada pengguna jalanraya yang lain.. Pelajari, fahami dan parktikkan pelajaran yang anda telah pelajari sebelum dan semasa anda menyertai sebarang aktiviti berkonvoi.

1. Hadir sebarang kursus yang berkaitan dengan aktiviti berkonvoi. Tidak kira samaada anda memandu ataupun menunggang. Pengetahuan teori dan praktikal berkonvoi sangat penting dan berguna ketika anda menyertai konvoi yang sebenar. Pengetahuan berkaitan teknik memandu/menunggang adalah punca utama bagi memastikan konvoi tersebut selamat pergi dan balik. 

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, tidak tergesa-gesa mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat. Ketibaan awal membolehkan peserta melakukan senaman ringan (stretching) dan membuat pemeriksaan secara serentak dengan peserta konvoi yang lain pada kenderaan sebelum berlepas. 

3. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshal ketika sesi taklimat diadakan. Ini sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Kefahaman mengenai perkara-perkara diatas dapat membantu memahami situasi yang akan ditempuhi semasa berkonvoi. 

4. Pakaian hendaklah sesuai dengan cuaca dan mudah dilihat, kasut, sarung tangan, helmet, vest pantulan cahaya, bezakan vest yang dipakai oleh marshal dengan peserta konvoi. Gunakan hanya helmet yang mendapat pengiktirafan SIRIM.

5. Sebelum bergerak susun kenderaan dengan teratur, aturkan Marshal bertugas mengikut format:- Lead - Arrow Head – Convoy Team – Guard and Sweeper. Peranan marshal ada diberitahu didalam kursus. Sekiranya anda menganggotai konvoi bermotosikal, mulakan pergerakan dengan 2 baris dahulu, supaya konvoi tidak terlalu panjang.

6. Langkah seterusnya, semua peserta konvoi duduk bersedia di atas motosikal masing-masing, kunci berada di posisi "ignition", ketua konvoi bolehlah memberi arahan untuk menghidupkan enjin serentak. Semua arahan-arahan seterusnya akan diberikan secara isyarat tangan bagi konvoi motosikal dan untuk konvoi kereta gunakan alat perhubungan secara ‘hands free’. Arahan bergerak ini membolehkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia di bawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Ketua konvoi akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

7. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang. Arrow head bertanggungjawab menentukan samada konvoi bergerak dalam satu barisan atau dua barisan, susunan motosikal dalam formasi zig-zag.

INI SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MENGELAK PELANGGARAN BELAKANG DLL. APABILA RAKAN DI HADAPAN MEMBUAT EMERGENCY BREK DAN PERLU INGAT, JANGAN BERGANTUNG 100% PADA LAMPU BREK RIDER DI HADAPAN, KITA JUGA BERGANTUNG PADA KEDUDUKAN RIDER DI HADAPAN DAN DI BELAKANG SEBELUM MENEKAN BREK ATAU MEMPERLAHANKAN KENDERAAN YG DITUNGGANG.

8. Dalam saiz konvoi yang besar, potong memotong sesama sendiri adalah dilarang kerana ia boleh mendatangkan bahaya, bayangkan apabila seorang jatuh maka motosikal/kereta di belakang akan berderet-deret berlanggar sesama sendiri. Jika anda perlu memotong rakan anda sila beritahu Marshal bertugas, gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi. Untuk memotong kenderaan lain, biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan di hadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong.

9. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda di tepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas. Kesemua anggota konvoi hendaklah berhenti dan selesaikan masaalah secepat mungkin dan tanpa tergesa-gesa sambung perjalanan apabil masaalah telah diselesaikan.

10. Semua yang terlibat dengan konvoi samada Marshal, peserta maupun penyelaras tidak dibenarkan samasekali untuk menggunakan siren dan lampu amaran. Hanya pihak PDRM yang mengiringi konvoi tersebut sahaja yang berkuasa berbuat demikian(sekiranya ada), termasuklah menahan, mengalir dan mengubah lalulintas bagi memberi laluan kepada pergerakan konvoi. Sekiranya konvoi tidak disertai oleh pihak Polis, anda hendaklah mengikuti dan mematuhi semua peraturan jalanraya. 

11. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi. Marshal hendaklah membantu memberi ruang kepada kenderaan tersebut lalu melepasi kumpulan konvoi.

12. Arrow head hendaklah mengawal kelajuannya berpandukan keadaan kumpulan konvoi dibelakangnya. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikalnya dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/lastman akan bersama sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi di hentian seterusnya.

13. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

14. Susun kenderaan anda (diajar semasa kursus) disetiap tempat berhenti. Jangan letak kenderaan anda di tempat yang jauh dari anggota yang lain. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri beritahu ketua konvoi dan jangan menyendiri. Ini bagi mengelakkan anda tercicir/tertinggal semasa menyambung perjalanan. 


Perkara Am

Sebelum berkonvoi:-
1. Periksa kenderaan anda (motorsikal/kereta) bahanapi dipenuhkan, tekanan angin tayar cukup dan tepat, rantai dilaras dan diminyakkan, system bre, klac dan lain-lain dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin keluar dari konvoi maklumkan lebih awal kepada ketua konvoi anda. 

2. Nyalakan lampu motorsikal anda Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain bahawa anda bergerak dalam satu kumpulan. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama. Ini memudahkan jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan motorsikal maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3. Untuk keselamatan elakkan kenderaan lain masuk mencelah antara anggota konvoi, perbuatan ini hanya akan mengundang bahaya. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut-nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

4. Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap penunggang dan juga kemampuan motorsikal peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan motorsikal anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan motorsikal di belakang , di sisi berada dalam susunan. Jika motorsikal di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan motorsikal terlalu jauh ( perlahan kan juga motorsikal anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan berlumba sesame sendiri atau mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

5. Bertenang, kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta bersabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tidak menepati dari jadual sebenar.

6. Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan motorsikal hadapan dan menyebabkan kenderaan yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya

via: HVM AutoParts (M) Sdn Bhd
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=470844702993632&set=a.270506513027453.61322.248599865218118&type=1&theater

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

1 comment:

ILYIAS IDRIS said...

Bahan bacaan yang baik. Terima kasih.

Nuffnag