Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Saturday, February 02, 2013

Kawasaki Z250 2013 dilancarkan di Indonesia

Assalamualaikum


Kawasaki nampaknya semakin serius dalam usaha menguasai pasaran mototsikal dan juga kelas 250cc apabila baru- baru ini melancarkan Kawasaki Z250 di Indonesia. Sememangnya, generasi Z merupakan generasi 'street fighter' oleh Kawasaki seperti Z750, Z1000, dan yang terbaru Z800.

Candy Persimmon Red


Model Kawasaki Z250 ditampilkan dalam 3 warna iaitu Flat Ebony (hitam) , Candy Persimmon Red (merah) dan Pearl Stradust White (putih) . Harga yang ditawarkan di pasaran Indonesia pula ialah 48.5 juta rupiah.



Spesifikasi enjin pula dikekalkan seperti Kawasaki Ninja 250R iaitu enjin 'parallel-twin, penyejukan cecair, DOHC 250cc dengan 8 valve serta 6 kelajuan. Walaubagaimanapun, Kawasaki masih belum mengumumkan kuasa sebenar motor ini. 

Pearl Stardust White

Dari segi visual, ianya kelihatan seperti Kawasaki Z800 yang 'dikecilkan', tetapi Z250 ini berkongsi dengan Kawasaki Ninja 250R; rangka, papan konsol, fork depan, dan suspensi belakang. tetapi, demi menampilkan rupa 'street fighter', posisi tuggangannya diubah supaya menjadi lebih tegak. 



Pelancaran model ini dijangka akan bersaing dengan pelancaran KTM Duke 390, da Hyosung GTR250 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Peminat- peminat dua roda dari seluruh dunia juga menantikan kemunculan model ini di negara masing- masing termasuk Malaysia dan India. beberapa negara juga bakal menantikan model ini yang dijangka dilancarkan sebagai Kawasaki Z300. 

Flat Ebony




sumber : ZigWheels

p/s: Bila la Yamaha nak join competition kategori 250cc ni. Honda ada dah, Kawasaki makin banyak, SYM dan brand lain semua dok bersaing. Hyosung pon nak join. Mana Yamaha R4 oiii... Ura- ura nak keluar dah 4,5 tahun tapi tak nampak bayang pon. Hmmmm~

Konon- konon rupa R4 sejak 4 tahun dulu tersebar. tapi wallahualam

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

No comments:

Nuffnag