Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Thursday, October 31, 2013

Ducati Hypermotard, Hyperstrada, dan 899 Panigale dilancarkan di Litar Sepang

Assalamualaikum,
Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) telah memeriahkan perlumbaan MotoGP di Litar Sepang pada baru baru ini dengan pelancaran beberapa model motosikal terbaru selepas pengenalan Diavel Stripe dan Diavel Strada.

Pelancaran motosikal serba boleh Hyperstrada dan Hypermotard telah diadakan di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur, manakala model 899 Panigale telah dilancarkan sehari sebelum perlumbaan akhir berlangsung di Litar Sepang, Malaysia.

Pelancaran telah disempurnakan oleh penunggang MotoGP pasukan Ducati, Nicky Hayden disertai Pengurus Pasukan Ducati Corse, Vittoriana Guareschi, Pengarah Komersial Ducati Asia, Pierfrancesco Scalzo dan Timbalan Presiden Naza Two Wheels, Nik Danial Nik Mahmood.

Ducati Hypermotard dan Hyperstrada telah dipasang di kilang Ducati di Thailand menggunakan enjin 821cc Testasretta 11 dan berkebolehan dalam pengendalian kerana lincah, berkuasa dan ringan. Malah, Hyperstrada mempunyai kelebihan untuk perjalanan jauh kerana turut dilengkapi beg sisi, tempat duduk lebih lebar, dan penghadang angin.
HARGA HYPERMOTARD RM 68,888
HARGA HYPERSTRADA RM 73,888

Malaysia telah menjadi negara pertama di Asia yang melancarkan model Ducati Panigale 899. Malah, model ini baru sahaja dilancarkan di peringkat global pada bulan lalu. Selain menggunakan kerangka 'Monocoque' dan enjin dua silinder L 899cc 'Superquadro' baru, motosikal ini turut dilengkapi dengan mod pilihan tunggangan, brek ABS, Kawalan Cengkaman Ducati (DTC), Suspensi Elektronik Ducati (DES), Ducati Quick Shift (DQS), Engine Brake Control (EBC), dan 'Ride-by-wire'.

APA YANG PALING MENARIK.
Mulai pertengahan tahun 2014, Ducati Malaysia akan membawa 899 Panigale dari kilang Ducati Thailand, tetapi untuk yang terawal, model terus didatangkan dari Bologna, Itali dengan harga pasaran RM 108,888.

Sumber : BH Auto

Wednesday, October 02, 2013

Zulfahmi Kharuddin menjalani pembedahan di Barcelona

Pelumba sensasi Moto2 negara, Zulfahmi Kharuddin telah menjalani pembedahan di pergelangan tangan kanan dan tangan kiri menurut gambar di dalam laman sosial Instagram rasmi motoGP.

Beliau bagaimanapun kini dalam perjalanan ke Malaysia, dan mungkin beraksi dalam perlumbaan di laman sendiri, laman kita. Sepang. Malaysia.

Semoga cepat sembuh dan mencapai kejuaraan atau sekurang kurangnya podium di Sepang kelak.


Monday, September 30, 2013

Honda RCV4 V4 motoGP Untuk Kegunaan Jalan Raya Pada 2014

This is madness! Assalamualaikum.

Tahukah anda, apa itu model Honda RCV? Honda RCV ialah siri model motosikal yang digunakan oleh pasukan Honda dalam siri kejohanan perlumbaan motosikal motoGP.

Kini model tersebut, terutama yang terbaru Honda RCV4 V4 bakal dikeluarkan untuk kegunaan jalan raya menjelang tahun 2014. Masih lagi menggunakan format enjin V4 dan bersesaran 1000cc seperti dalam perlumbaan MotoGP, ianya pasti menggiurkan dan mengerikan.

Kuasa dan kawalan yang dijanjikan oleh motosikal ini semestinya sesuatu yang luar biasa. Namun, barang baik harga mesti baik. MotoGP punya kualiti harga pun mesti piii punya. Selain itu, kemahiran juga semestinya diperlukan. Anda mampu menunggang seperti Marquez?

Sumber: DC Bikers Accessories E-Catalogue FB
Sumber foto: http://blogs.motorcyclistonline.com/honda-motogp-racer-replica-30617.html#ixzz2DTHin3Pz

Nuffnag