Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Tuesday, November 05, 2013

Yamaha MT-09 Street Rally dan Yamaha MT-07 dilancarkan

Assalamualaikum.

Model terbaru Yamaha, Yamaha MT-09 Street Rally dan Yamaha MT-07 telah dilancarkan pada hari Isnin baru-baru ini di Pameran Motosikal EICMA di Milan, Itali.

Menurut laman sosial rasmi Instagram MotoGP, pelancaran tersebut telah dilaksanakan oleh dua pelumba MotoGP pasukan Yamaha Factory Racing, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.

Sumber: Laman sosial rasmi Instagram MotoGP.

Aprilia bakal kembali ke MotoGP pada tahun 2016

Assalamualaikum.

Kenyataan tersebut telah disampaikan pada hari Rabu lepas di Pameran Motosikal EICMA di Itali.

Memetik kenyataan “In 2016, Aprilia will return to MotoGP™ with the goal of winning and discovering the same success we have enjoyed in World Superbikes,” commented Roberto Colaninno, CEO of Piaggio. “ yang membawa maksud Aprilia bakal bersaing kembali dalam arena MotoGP menjelang 2016 dengan cita-cita memenangi kejuaraan seperti yang diraih mereka dalam World Superbikes (WSBK).

Kali terakhir mereka beraksi dalam kejohanan dunia sebagai pasukan pengeluar ialah pada tahun 2004.

Sumber : http://www.motogp.com/en/news/2013/aprilia+back+to+MotoGP+from+2016

Thursday, October 31, 2013

Ducati Hypermotard, Hyperstrada, dan 899 Panigale dilancarkan di Litar Sepang

Assalamualaikum,
Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) telah memeriahkan perlumbaan MotoGP di Litar Sepang pada baru baru ini dengan pelancaran beberapa model motosikal terbaru selepas pengenalan Diavel Stripe dan Diavel Strada.

Pelancaran motosikal serba boleh Hyperstrada dan Hypermotard telah diadakan di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur, manakala model 899 Panigale telah dilancarkan sehari sebelum perlumbaan akhir berlangsung di Litar Sepang, Malaysia.

Pelancaran telah disempurnakan oleh penunggang MotoGP pasukan Ducati, Nicky Hayden disertai Pengurus Pasukan Ducati Corse, Vittoriana Guareschi, Pengarah Komersial Ducati Asia, Pierfrancesco Scalzo dan Timbalan Presiden Naza Two Wheels, Nik Danial Nik Mahmood.

Ducati Hypermotard dan Hyperstrada telah dipasang di kilang Ducati di Thailand menggunakan enjin 821cc Testasretta 11 dan berkebolehan dalam pengendalian kerana lincah, berkuasa dan ringan. Malah, Hyperstrada mempunyai kelebihan untuk perjalanan jauh kerana turut dilengkapi beg sisi, tempat duduk lebih lebar, dan penghadang angin.
HARGA HYPERMOTARD RM 68,888
HARGA HYPERSTRADA RM 73,888

Malaysia telah menjadi negara pertama di Asia yang melancarkan model Ducati Panigale 899. Malah, model ini baru sahaja dilancarkan di peringkat global pada bulan lalu. Selain menggunakan kerangka 'Monocoque' dan enjin dua silinder L 899cc 'Superquadro' baru, motosikal ini turut dilengkapi dengan mod pilihan tunggangan, brek ABS, Kawalan Cengkaman Ducati (DTC), Suspensi Elektronik Ducati (DES), Ducati Quick Shift (DQS), Engine Brake Control (EBC), dan 'Ride-by-wire'.

APA YANG PALING MENARIK.
Mulai pertengahan tahun 2014, Ducati Malaysia akan membawa 899 Panigale dari kilang Ducati Thailand, tetapi untuk yang terawal, model terus didatangkan dari Bologna, Itali dengan harga pasaran RM 108,888.

Sumber : BH Auto

Nuffnag