Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Wednesday, January 09, 2013

Produksi Semula Modenas Dinamik

Modenas Dinamik 125

Assalamualaikum.


Pengeluar Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) telah melancarkan Modenas Dinamik pada tahun 2003 kemudian diberhentikan produksinya. Namun, atas permintaan ramai, pada tahun 2011 motosikal tersebut telah diproduksikan kembali dengan jumlah yang terhad. Walaubagaimanapun, pada )ktober 2012 Modenas sekali lagi buat kejutan mengeluarkan lagi Modenas Dinamik dengan warna dan grafik yang baru. Mungkin ramai yang tidak tahu, motosikal ini memang lincah. Aku sendiri pon tak tahu sehingga diceritakan oleh kawan aku, seorang rider Kawasaki RR.

Menurut beliau, Modenas Dinamik sebenarnya menggunakan enjin Kawasaki, 2stroke beserta swing arm Kawasaki RR. Double R beliau pon makan asap menurutnya. Haha. Tambh beliau, Kawasaki tidak mengeluarkan cub, so Modenas angkat blueprint dan mencipta 'Super Cub' Modenas. Bahkan, pickup Modenas Dinamik ni pon lagi blah dari Yamaha 125Z.

Flyers Modenas Dinamik

Modenas Dinamik ni sebenarnya dikhabarkan dibuat untuk dipasarkan ke luar negara. malah, Modenas Dinamik sebenarnya ialah model yang terlaris dan terhangat di pasaran Greece. Tambahan, model ini tida mengalami 'cut off' ataupun kelajuan motosikal ini tidak disekat secara elektronik. Kelajuan maksima Modenas Dinamik?? About 130mph (205km/j) Hang gilaaaaa

Harga runcit sepertimana yang tertulis dalam web rasmi Modenas ialah RM 5749.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) Walaubagaimanapun, terdapat sumber kononnya dari wakil penjualan Modenas bahawa jumlah pengeluaraanya kali ini juga terhad dan bakal ditamatkan pengeluarannya hujung tahun kelak.

Maka, siapa siapa yang dah tertambat sila cepat pergi rembat.



Spec Modenas Dinamik
sumber: Bikez.com
General information
Model:Modenas Dinamik
Year:2011
Category:Scooter
Rating:71.3 out of 100. Show full rating and compare with other bikes
Engine and transmission
Displacement:118.00 ccm (7.20 cubic inches)
Engine type:Single cylinder, two-stroke
Compression:7.3:1
Bore x stroke:54.0 x 51.8 mm (2.1 x 2.0 inches)
Fuel system:Carburettor. Mikuni VM22
Ignition:DC-CDI
Lubrication system:Force feed lubrication
Cooling system:Air
Gearbox:6-speed
Transmission type,
final drive:
Belt
Clutch:Wet, multi disc
Chassis, suspension, brakes and wheels
Front suspension:Telescopic
Rear suspension:Swing Arm, Mono-shock
Front brakes:Single disc
Rear brakes:Single disc
Physical measures and capacities
Fuel capacity:4.60 litres (1.22 gallons)
Other specifications
Starter:Kick
Color options:Red, blue
Comments:Malaysian bike.
Further information
Parts and accessoriesCheck out parts and accessories from our other partners.
Ask questionsJoin the 11 Modenas Dinamik discussion group.
Insurance, loans, testsCheck out insurance here. Search the web for dealers, loan costs, tests, customizing, etc.
Related bikesList related bikes for comparison of specs











































sumber dan credit gambar: Arena Motosikal





Setia menunggu anda. heheh

Simple yet berdesup

RM 7500??

Gambar oleh Arena Motosikal yee

Swing arm RR





Panel Meter

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Monday, January 07, 2013

Warna Warni Yamaha YZF-R15 v2.0

 Assalamualaikum.

Yamaha YZF-R15 yang tersangat popular di India, dan dicemburui pemilik- pemilik kembarnya di Malaysia (FZ 150i) dan Indonesia (Vixion) terus mencurah petrol terhadap api kecemburuan tersebut setelah kali pertama melancarkan model v2.0 pada tahun 2011 selepas model pertama YZF R-15 dilancarkan pada tahun 2008.

Kali ini, setelah fairing yang lebih seksi di upgrade terhadap v2.0, Yamaha telah menguatkan lagi DNA 'R' dalam motor tersebut pada tahun 2013 apabila bakal melancarkan variasi warna yang menarik untuk model tersebut.

Sekali lagi aku cakap siap- siap. Usah diharap model ni dikeluarkan di Malaysia (setakat entri ni ditulis). Sebab memang tiada tanda- tanda walaupun digesa oleh ramai bikers yang meminati model ini. Tetapi Hong Leong Yamaha buat derkkkk je. Entahla. So, jom kita layan gambar.

Susur galur Yamaha YZF-R15:

version 1 (2008)

Tak silap aku available dalam warna merah, biru dan hitam sahaja
version 2.0 (2011)

Warna merah


Warna Hitam



Pertambahan, warna kuning

Warna biru

Version 2.0 (Special Edition) 50th anniversary MotoGP








version 2.0 (2013) NEW COLORS
Haaa,,, lain tak? lain tak?





Macam BMW je sikit


Hitam xsepenuhnya nampaknya

Macam hijau Kawasaki jer

Poster ade. haa. aku tak tipu :-P





Teruskan lah jeles wahai riders Malaysia. Hahahaaa... Oh ya, btw, harga model tersebut terkini ialah Indian Rupees 1,03000Rs ataupon Malaysia Ringgit RM5,753.70.

sumber: Facebook; Yamaha R15 Version 2.0


nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Nombor Casis dan Nombor Enjin; Identiti Kenderaan Anda




Lokasi nombor casis pada kereta
Assalamualaikum,

Nombor casis (nombor badan kenderaan) dan nombor  enjin merupakan kad pengenalan kenderaan anda. Ianya berbeza dan telah diperuntukkan kepada setiap kenderaan leh pengilang kenderaan. Kedua- duanya sangat penting kerana kenderaan yang mempunyai nombor casis yang terang, boleh dibaca, dan tidak terusik sahaja boleh didaftarkan oleh pihak Japatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Oleh itu, sekiranya didapati nombor tersebut telah diusik, diubah makan tindakan undang- undang boleh diambil. Nombor casis dan nombor enjin terdiri daripada kombinasi angka, huruf, atau kedua- duanya yang dicop mengikut ukuran dan bentuk di lokasi yang ditentukan pada kenderaan. Kebiasaannya, nombor casis kereta dicop pada bahagian atas panel di bahagian bonet, motor pula pada rangka motor di bawah tempat duduk. Manakala nombor enjin pula dicop pada blok silinder enjin.

Contoh nombor casis, tapi ni hok omputih punya

Nombor enjin dan nombor casis sesuatu kenderaan diaggap telah diganggu dan diusik apabila didapati:
- Diguris
- Dikikir
- Diketuk semula
- Diketuk Bertindih
- Diperbaiki akibat karat atau reput tanpa kebenaran
- Diperbaiki akibat kerosakan atau kemalangan tanpa kebenaran
- Dikimpal/ Disambung
- Pudar/ Tidak jelas

Nombor casis dan nombor kenderaan adalah penting. Bagaimana untuk memastikan nombor tersebut adalah asli dan tulen? Pastikan nombor tersebut adalah sama dengan tercatat pada kad pendaftaran kenderaan dan kedua- dua nombor tersebut tidak terusk. Pastikan nombor tersebut tidak diusik apabila membaikpulih kenderaan. Pastikan anda mendapat kebenaran pihak berkuasa dahulu sebelum mebuat sebarang pindaan, pembaikan ke atas nombor tersebut.

Contoh nombor casis kenderaan dia ukir dekat bawah tu


Sebagai pemilik, anda harus menyedari kepentingan nombor tersebut.Ianya penting ibarat kad pengenalan yang mengesahkan identiti sesorang inidividu. Paling penting sekali, anda WAJIB memeriksa keaslian dan ketulenan nombor tersebut apabila ingin membeli kenderaan terpakai. Hal ini demikian kerana, kenderaan curi kebanyakannya, enggunakan nombor enjin dan nombor casis palsu atau telah diusik.

Sila rujuk kembali kepada PUSPAKOM sekiranya anda mencurigai nombor casis dan nombor enjin kenderaan anda bagi memastikan identiti kenderaan tersebut.

Sumber: 1Klassified Berita Harian


Sila periksa kenderaan anda
Contoh nombor enjin pada motosikal

Contoh nombor casis pada rangka motosikal

Pesanan: Jangan beli kenderaan curi, jangan mencuri. Orang lain kerja setengah mati nak beli kereta, motor, berhutang bertahun- tahun. Suka hati mau rembat. Na'uzubillah

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Nuffnag