Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Wednesday, December 26, 2012

Kawasaki Ninja 250R 2013 part2

Digital Dashboard



Assalamualaikum, setelah sekian lama menunggu, akhirnya Kawasaki Ninja 250R 2013 ini dijual juga di Malaysia. Namun, setelah sekian lama menunggu, aku menjenguk di kedai- kedai motor tak pernah nampak pon kelibatnya. Kawasaki Z800 pun aku da tengok depan- depan dekat kedai superbike dekat Penang tu. 
Dah la tu, tup tup Polis siap keluar 1000 biji lagi siap da beroperasi lagi. Perghh.. haha

Red


 Aku juga turut mendengar cerita kononnya, Kawasaki nak habiskan dulu model Ninja250R yang lama sebab kalau sekarang lagi dah keluar model baru dekat kedai, sapa nak beli model lama yang bersepah- sepah lagi dekat kedai tu? huhuu


White

Selain itu, Model Kawasaki Ninja 250R 2013 ini memang lain dari pasaran Eropah yang mengeluarkan Ninja 300. Sebabnya, lesen Malaysia B2 sekadar untuk 250cc dan ke bawah sahaja. Yes, bunyi macam pelik. Tapi itu hakikatnya sebab B1 tak wujud dah, so takkan la rider- rider kena upgrade naik B full dulu baru mampu pakai Ninja 300 dengan sah kan. So, nak senang 250cc lesen B2 dah boleh pakai. Begitulahhhh Awan Nano oiiii...


Entri kali ini aku tak tahu nak cerita tentang apa sangat sebab kebanyakan aku dah terangkan dalam entri sebelum- sebelum ini, so macam tak nak mengulang benda sama dan kali lebih kepada fokus menjawab konstroversi konstroversi yang dilemparkan terhadap aku. Huhuuu

Black



Okey, quick trivia tentang Kawasaki Ninja 250R 2013:

Green

- Casis dari high-tensile steel, diamond shape

-  Dual throttle Valve

- Digital meter



- ABS model dan no-ABS model

 -Rim bentuk Y '5 batang'
 
-Fairing design baru yang lebih aerodinamik dan modern look






High tensile steel, Diamond shaped frame
 Entri sebelum ini, :
Kawasaki Ninja 250r 2013

nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Kawasaki Ninja 250 (STD)X milik Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM

Gambar ni aku dapat dari MotoMalaya


Baru- baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Majlis Perasmian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Selangor. Unit tersebut menggunakan Kawasaki Ninja 250R 2013 yang diubahsuai dan dinamakan sebagai Kawasaki Ninja 250 (STD)X.

Sticker dia cantik. Modern and Retro gitu


Motosikal tersebut  telah diubahsuai dengan pelbagai peralatan yang sesuai bagi melaksanakan tugas- tugas unit tersebut.Antaranya ialah frame slider, lampu biru, siren, box kotak saman (wuwuwuuu)... Unit URB ini buat masa sekarang, kerajaan telah membekalkan 1000 buah Kawasaki Ninja 250 (STD)X dan kekuatan unit ini ialah seramai 1000orang dalam 6 kontinjen, disertai 50orang pegawai dan 95-orang anggota.

URB ini akan beroperasi di beberapa negeri sahaja sebelum diperluaskan sekiranya didapati berhasil untuk menangani kadar jenayah negara. Antara negeri yang terlibat ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Perak dan Kedah.

Aku syak ini gambar time tengah training ni


Mereka akan menjalankan rondaan 24jam dalam 3 syif di kawasan- kawasan perindustrian, kawasan perumahan, kawasan perniagaan dan kawasan rekreasi.

Nampak gaya aku kena upgrade cc lagi cepat nih. Ini mesti rajin nak tangkap rider motor kecil- kecilan macam aku nih. Huhuuu :-P


sumber: MotoMalaya, Berita Harian, laman Facebook PDRM


Cantik bergaya~



nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Perdana Menteri merasmikan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM

Poster majlis perasmian


Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan Majlis Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM di Padang Awam BK5, Bandar Kinrara Selangor.

Abang Jib sedang merasmikan


Unit tersebut akan menggunakan motosikal jenis Kawasaki Ninja 250R 2013 yang telah diubahsuai dan diberi nama Kawasaki Ninja 250 (STD)X  . Motosikal ini bakal menggantikan Modenas Kriss 120 yang digunakan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).Dalam majlis tersebut, sebanyak 1000 buah motosikal tersebut diserahkan kepada pihak PDRM. Malah, Perdana Menteri juga menyatakan pihak kerajaan bersedia menambah bilangan URB sekiranya ia didapati berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah negara.

Bye bye Baby~



Buat masa sekarang, URB akan beroperasi di negeri- negeri di bawah NKRA seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Bernama menyatakan URB akan melakukan rondaan 24jam sehari di kawasan kawasan perumahan, dan lokasi- lokasi sibuk dalam 3 syif.




Pengunaan Kawasaki Ninja 250R 2013 ni amat sesuai kerana mempunyai kelajuan dan cukup lincah dalam usaha mengurangkan jenayah jalanan. Seramai 1000 orang akan ditugaskan mengikut 6kontinjen dengan kekuatan 950 orang anggota dan diketuai 50 orang pegawai.

Macam biasa, belanja gambar sikit :-) 







*kebanyakan gambar diambil dari laman Facebook PDRM

















Goodluck lads. Sebagai pendapat peribadi aku, pengunaan Kawasaki Ninja 250R ini amat bagus sebab polis tak perlu lah nak keluarkan Kuda Putih CBX750, VFR1200 segala bagai sebab nak hambat motor- motor kapcai rempit nih. InsyaAllah, ninin250 ni pon da mencukupi nak cucuk angin diorang.


 Sumber: Bernama, laman Facebook PDRM, dan Berita Harian





nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

ABS (Anti-Lock Braking System)

Mercedes Benz test ABS pada tahun 1978



Setelah menghadapi krisis dalam entri aku pada baru- baru ini,di mana aku telah dikiritik setelah mengeluarkan fakta yang betul, kemudian 'diperbetulkan' oleh seorang hamba Allah kemudian terpaksa diperbetulkan balik sebab lagi ramai yang bersuara. Hahaa. Pening kan? Nak tau kisah betul dia sila baca ruangan komen dari atas dekat entri Kawasaki Ninja 250R 2013. Begitu lah cerita dia. Hahaa

Kini, semua motosikal BMW akan dilengkapi sistem ABS

Maka, aku nekad untuk membuat sedikit research dan study tentang perkara ini. ABS (Anti-Lock Braking System). Kebanyakan pemilik mengetahui ada terdapat sistem ABS pada kenderaan mereka, tetapi tidak begitu memahami dan mengetahui bagaimana sistem itu berfungsi.

Tahukah Anda?
Salah satu nak kenal brek ABS pada motosikal ialah:- rujuk gambar bawah

Nampak tak, ada lubang lubang dekat disc brake tu? haaa.. itu lah lubang untuk ABS sistem
Tak cukup jelas lagi?



ABS sebenarnya ialah satu kelengkapan keselamatan yang berfungsi mengawal kegelinciran tayar ketika membrek. Sistem kawalan ini bertujuan mengelakkan kenderaan tersebut terbabas, tergelincir lebih jauh selain menahan tayar dari terkunci ketika brek ditekan kuat akibat kecemasan.

Kebiasaannya, kenderaan yang mempunyai sistem ABS turut dilengkapi dengan ciri pengesan yang terletak pada tayar. Ia berfungsi untuk mengesan sebarang kerosakan, atau kegagalan berfungsi dan memberikan amaran kepada pemandu atau penunggang dengan menyalakan lampu amaran pada panel meter.

Apa pun, aku nasihatkan korang sentiasa menghantar kenderaan anda ke pusat servis dan pelajari sedikit sebanyak perkara- perkara mudah penyelenggaraan yang boleh korang lakukan sendiri atau berguna di waktu kecemasan. Apa pun, safe ride. Itu perkara paling penting. Sekian

Sumber: 1klassifieds Berita Harian

ABS ini lebih senang diterangkan menggunakan foto, so aku belanjalah beberapa imej untuk tatapan dan pemahaman korang semua







BMW!!!

Nauzubillahiminzaalik!

Situasi berbeza dengan ABS

Komponen komponen sistem ABS



Aku snap dari sebuah Perodua Alza dekat rumah kawan aku

Gambar rajah ABS kereta

Simple diagram to explain

Gambar Rajah ABS motor


nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

Nuffnag