Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Thursday, November 07, 2013

Jorge Lorenzo mengumumkan helmet terbaru untuk Perlumbaan di Valencia

Assalamualaikum

Menurut laman sosial Twitter rasmi MotoGP, pelumba MotoGP Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo bakal menggunakan helmet baru untuk perlumbaan akhir musim 2013 MotoGP yang bakal berlangsung di Valencia hujung minggu ini.

Helmet tersebut bewarna hitam dan bertemakan permainan 'first person shooter' terkenal, Call of Duty: Ghosts Story.

Perlumbaan wajib tengok pada hujung minggu ini akan menentukan samada Lorenzo mampu memintas Marc Marquez dari pasukan Honda Racing Team yang mendahului pungutan mata keseluruhan bagi mempertahankan kejuaraan dunia beliau. Atau adakah Marc Marquez bakal dinobatkan selaku juara dunia bagi musim ini.


Tuesday, November 05, 2013

Yamaha MT-09 Street Rally dan Yamaha MT-07 dilancarkan

Assalamualaikum.

Model terbaru Yamaha, Yamaha MT-09 Street Rally dan Yamaha MT-07 telah dilancarkan pada hari Isnin baru-baru ini di Pameran Motosikal EICMA di Milan, Itali.

Menurut laman sosial rasmi Instagram MotoGP, pelancaran tersebut telah dilaksanakan oleh dua pelumba MotoGP pasukan Yamaha Factory Racing, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.

Sumber: Laman sosial rasmi Instagram MotoGP.

Aprilia bakal kembali ke MotoGP pada tahun 2016

Assalamualaikum.

Kenyataan tersebut telah disampaikan pada hari Rabu lepas di Pameran Motosikal EICMA di Itali.

Memetik kenyataan “In 2016, Aprilia will return to MotoGP™ with the goal of winning and discovering the same success we have enjoyed in World Superbikes,” commented Roberto Colaninno, CEO of Piaggio. “ yang membawa maksud Aprilia bakal bersaing kembali dalam arena MotoGP menjelang 2016 dengan cita-cita memenangi kejuaraan seperti yang diraih mereka dalam World Superbikes (WSBK).

Kali terakhir mereka beraksi dalam kejohanan dunia sebagai pasukan pengeluar ialah pada tahun 2004.

Sumber : http://www.motogp.com/en/news/2013/aprilia+back+to+MotoGP+from+2016

Nuffnag