Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Tuesday, October 02, 2012

Al Fatihah buat Allahyarham Jat Tough :-(

Assalamualaikum. Semalam pada pukul 5.40 pagi macam tu, aku dapat BBM dari kawan baik aku. Starting dia tulis :

"Jat Tough meninggal tadi. Xcident moto."

Hitam MJ, Merah aku. Tadi? tu sebab terkejut tadi bilanya pada pukul 5.40 pagi


Aku tersentak, biar betul. Aku baru semangat nak cek tgok bbm masuk ingat kan adinda aku da bangun. Err.. dalam screen capture tu Fibrous merupakan nama orang. Okeh, gelaran. Fibrous ni senior aku jugak. Satu batch dengan arwah Jat Tough tu dekat sekolah kitorang dulu. MJ dengan Fibrous ni sekarang diorang belajar dekat Penang dan tinggal dalam blok apartment yang sama.

Aku dengan MJ tu plak junior, muda setahun daripada batch arwah. Dulu sekolah, kami main ragbi sekali. Diorang pon baik dengan kami, kami pon hormat diorang. Walaupon tak rapat, tapi sempat la jugak kenal kenal dengan dia.Pernah pergi lepak dekat bilik dia.

Tapi aku terkedu la, sebab boleh kata ni 1st time seorang sahabat meninggal dunia sebab kemalangan motor. Arwah Jat pulak ride Kawasaki Ninja 250. Aku respek dengan arwah sebab muda- muda beli motor macam tu hasil titik peluh bisnes sendiri. Meninggal kemalangan pukol 3.06pagi kemarin. Dari Jitra nak balik ke rumah arwah dekat Perlis. Dengar kata accident dekat Kodiang.

Aku hajat nak jugak gi tengok, tapi tak tau rumah arwah dekat mana. Dan jugak tak tau sapa yang pegi. Sebab sekarang ni kan tengah final. Tapi still, aku macam tak boleh terima arwah dah takde. Macam sedih, takut pon ada. Baru aku rasa, aku ni takut mati jugak eh. Huuu

Jat Tough. Dengan Ninja 250 miliknya. Al Fatihah


Aku tak tahu nak tulis apa, tapi just post this special entri sebagai tribute kat arwah Aizat Ismail. Tanda sahabat, ingatan. Memang dulu arwah geng gila- gila dekat sekolah. Tapi arwah pon baik jugak sebenarnya. Ada dok nampak subuh dekat surau apa. Aku tak nak la story kan amalan arwah. Aku bukan dok stalk arwah. Allah je tahu. Orang nmpak baik belum tentu syurga, orang nampak jahat belum tentu neraka, Wallahualam.

Sekarang, karangan aku tak ikut flow, macam berterabur dah.

Time ni la aku terlintas macam- macam. Kalau dah aku xde kalau nanti, macam ni ke? Kawan- kawan post dekat wall yang tak dibalas tu. Ayat sayu- sayu. Bagi kata- kata semangat dekat adinda aku. Macam mana keadaan mak, ayah aku, adik beradik aku. Cikgu-cikgu nak cerita apa dekat murid dia sekarang pasal aku dulu.


Junior- junior nak ampunkan ke tak dosa- dosa aku dok buas dekat sekolah dulu. Ramai ke nak ingat aku lama - lama. Sedekah al Fatihah. Kawan- kawan aku ape reaksi diorang? ada tak orang yang menangis kematian aku nanti? Musuh- musuh aku maafkan aku tak bila tau aku dah xde? Aib aib aku nanti ada yang tolong tutup tak? Urusan- urusan aku yang tak selesai tu? Pekara- pekara yang aku sorang je tahu? Apa yang orang nak kenangkan sepanjang hidup dengan aku?

Aizat Ismail 22 Ogos 1992- 2 Oktober 2012

Kalau mana- mana kawan Jat yang baca entri ni, aku sekadar buat untuk kita kenang arwah. Sama- sama la kita sedekah al Fatihah kat arwah. Semoga arwah Aizat Ismail ditempat dikalangan orang- orang yang beriman. Amin. Muda lagi, baru 20 tahun. Aku lahir tahun 1993, arwah tahun 1992.

Mati itu pasti, beringat lah kita semua.


nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

No comments:

Nuffnag