Followers Sejati

Nuffnag

Adverlets

Tuesday, May 08, 2012

Cafe Racer



Assalamualaikum! haha. long time no see. Giler lama tak post blog. Ye laa.. dok umah time cuti sem mana lekat kat umah. Kerja, melepak, tido, makan, dok depan laptop pon macam malas nak mengarang. Heheh.. 

Post aku setelah lama x memblogging nih ialah tentang Cafe Racer. Haram aku mula jatuh cinta sejak kali pertama tengok gambar Cafe Racer nih. Seksi giler aku rasa... haha. Terus rasa macam nak convert motor aku jadi Cafe Racer pulak dah. Hehee..

Contoh dilengkapi dengan Bubble windshield


Cafe' Racer atau sebutan dia sebenarnya ialah Kaff Racer. Hahaa.. Motorsikal custom ini popular pada tahun 1960an di British. Tetapi ia juga merupakan permandangan biasa di Itali, German dan Eropah.
Malaysia sikit sangat. Tapi serious aku rasa nak convert moto aku nih.. Hahaaa

 Ciri- Ciri Umum sebuah Cafe Racer:
-handlebar yang rendah. biasanya jenis 'clip on'
-seat belakang kecil, dan berbonggol
-tank minyak lebih panjang
-body yang bogel XD ahahahaa
-rendah dan ringan
-lampu bulat (kadang2 dilengkapi bubble windshield)



Motorsikal ini mempunyai zaman yang sama dengan Chopper dan Bobber iaitu sekitar lepas Perang Dunia Ke2, so automatik peminatnya atau penggunanya ala2 veteran perang gitu. Motorsikal ini lebih mementingkan handling dan speed tetapi tidak kepada keselesaan. tapi handle rendah ni kalau korang pandai duduk, tak letih pon. siap feeling lagi time meroket. Just traffic jam je agak pedih tangan. Aku berani kata sebab handle aku sendiri rendah dan jenis clip on :-p


Sapa2 tak biasa dengan blog nih, meh sini nak bagitau. Gua suka belanja gambar banyak banyak. Haha


Cafe Racer KTM



Handle bawak maut. Kena banyak minum Anlene XD






nota kaki: "Kalau salah tu tegur- tegur lah. Kadang- kadang aku over ke, fakta salah ke, ajaran sesat ke, then korang lagi otai dan lebih mengetahui. ajar la aku yang noob nih. heh. peace!!"

5 comments:

Anonymous said...

betul bawak maut handle tu.. huhuuu

budak terpaksa said...

haha. ini stok meroket punya handle nih XD

Unknown said...

Salam bro admin....sye skrg sedang mncari moto cafe racer..tgh minat sngt2 nie...tgk pn ok...still mcm neked bike..haha...mane nk dpt eh?2nd hand pn jd la...sye duk area petaling jaya

budak terpaksa said...

Saya pon tak berani jamin. sebab kebanyakan cafe racer ni ialah british made. macam triumph, norton yang mana adalah rare di Malaysia ini. Saya fikir, custom made la kot. Try usha2 sini https://www.facebook.com/eastern.bobber

minta maaf kalau tidak membantu :-)

Unknown said...

salam admin, tumpang post.. Uzair Aqim , buat je moto pape. mesti blh pny, jnji brani nak buat (potong sana sini hehehe) n ada modal sikit. saya sndri tgh projek suzuki fxr150 kat melaka(kuala sungai baru) dh nak siap pn n yamaha rxz135 kat pahang. pling cun klu dapat chassis mcm RXZ tu. sbb senang nak cari tank..

Nuffnag